02 November 2015

Kajian Buku Sastera

Judul buku :
Nama pengarang / penulis :
Nama penerbit :
Nama Pencetak :
Tahun diterbitkan :
Nombor  ISBN :
Kandungan – bab :
Bilangan muka surat :
Watak Utama :
Watak sampingan :
Sinopsis :
Prakata :
Pengajaran :

Kajian buku sastera:
1.    Permulaan cerita ~
2.    Perkembangan cerita ~
3.    Klimak/kemuncak cerita ~
4.    Peleraian ~

12 Oktober 2015

AKTIVITI SELEPAS UPSR - Membina Puisi

Cipta sebuah puisi anda sendiri diruangan catatan...

05 September 2015

Latihan Penulisan

Tuliskan karangan yang bertajuk "Cara-cara Menghormati Ibu Bapa" pada ruangan ulasan di bawah.

04 September 2015

01 Julai 2015

Pokok Seribu Guna

            Pokok kelapa digelar pokok seribu guna kerana daripada pelepah hingga ke batangnya boleh dijadikan kegunaan manusia.  Pokok kelapa banyak ditanam di kampung dan di tepi pantai.
            Pokok kelapa digelar pokok seribu guna kerana bahagian-bahagian pokok tersebut boleh digunakan untuk kegunaan harian manusia.  Misalnya, daun kelapa boleh dibuat pembungkus makanan seperti ketupat yang diadikan juadah semasa Hari Raya Aidilfitri.  Lidi kelapa pula boleh dijadikan penyapu untuk membersihkan halaman rumah.
            Selain itu, isi buah kelapa boleh dijadikan sebagai santan dalam masakan seperti nasi lemak dan kari.  Air kelapa muda pula boleh dijadikan minuman untuk menghilangkan dahaga semasa cuaca panas terik.  Pada masa kini, isi kelapa muda dijadikan minuman istimewa yang dinamakan ‘coconut shake’ dan menjadi kesukaan ramai termasuk pelancong asing.
            Di samping itu, sabut kelapa boleh dijadikan alat untuk mencuci periuk dan bahan bakar untuk membuat kuih tradisional.  Tempurung kelapa pula boleh dijadikan tabung, senduk, mangkuk dan boleh dijadikan bahan kraftangan untuk hiasan rumah.
            Seterusnya, batang kelapa boleh dijadikan titian untuk menyeberangi sungai kecil atau parit.  Batang kelapa juga boleh dijadikan tiang rumah atau tiang pagar daripada terbuang begitu sahaja.
            Kesimpulannya, pokok kelapa mendatangkan banyak faedahnya dalam kehidupan manusia dan menjadi sumber rezeki kepada kita.

21 Mei 2015

Hasil Hutan yang Bernilai


Hutan merupakan rahsia alam yang penuh dengan hasil hutan yang bernilai.  Hasil hutan tersebut sangat berfaedah dalam kehidupan manusia.

            Hasil hutan yang pertama ialah madu lebah.  Madu lebah dihasilkan oleh sekumpulan lebah yang menghasilkan madunya di dalam sarang di atas pokok.  Madu dijadikan makanan, minuman dan ubat-ubatan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti asma, batuk dan barah.

            Selain itu, hasil hutan yang kedua ialah rotan.  Rotan diproses daripada pokok rotan yang meliar tumbuhnya di dalam hutan.  Rotan dijadikan perabot, barang-barang perhiasan dan barang-barang karftangan yang digunakan dalam kehidupan manusia seperti raga, bakul sampah dan bekas telur sebagai hadiah semasa majlis perkahwinan.

            Seterusnya,  hasil hutan yang ketiga ialah buluh.  Buluh yang tumbuh dengan meliar di dalam hutan dijadikan sumber pendapatan kepada sesetengah penduduk.  Batang buluh boleh dijadikan pelbagai jenis kraftangan manakala rebungnya pula boleh dijadikan makanan.

            Di samping itu, hasil hutan yang keempat ialah damar.  Damar ialah bahan berupa getah keras yang diperoleh daripada jenis pokok.  Damar digunakan sebagai bahan penting dalam pembuatan batik dan sebagainya.


Kesimpulannya, hutan merupakan alam penuh misteri yang menyimpan pelbagai khazanah yang bernilai dan berguna dalam kehidupan manusia.  Oleh itu, kita haruslah memelihara hutan daripada terus diteroka secara meluas demi kesejahteraan manusia. 

16 Mei 2015

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga guru di Malaysia. Jasamu dikenang hingga ke akhir hayat.


Ucapan Hari Guru

Arahan: Tuliskan ucapan ringkas kamu kepada guru yang kamu sayangi sempena sambutan hari guru.  Buat ucapan anda dalam satu perenggan yang panjang patah perkataannya tidak kurang 30 patah perkataan.