21 Januari 2021

Pdpr 1 (21 Januari 2021)

     Assalamualaikum murid-murid Tahun 6 Kompetitif  bagi sesi persekolahan 2021.

Tahniah cikgu ucapkan kerana kamu sudah melangkah ke kelas Tahun 6!

Pada hari ini adalah PdPR Bahasa Melayu (mengikut jadual) yang pertama kamu kerana negara kita berada dalam situasi PKP dan Darurat disebabkan pandemik Coronavirus Covid-19.

Saya Cikgu Jefri berharap kamu telah bersedia untuk mengikuti pembelajaran saya pada hari ini yang bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi.  Tugasan yang kamu perlu jawab hendaklah dihantar kepada saya sebelum jam 5.30 petang pada hari ini.

1. Tajuk : Sayangi Keluarga (Rujuk muka surat Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6 pada muka surat 2).

2. Lihat gambar bersiri dan baca petikan dialog.

  


3. Fahami ragam ayat yang terdapat dalam dialog yang kamu telah baca.

4. Berikut contoh ragam ayat untuk panduan kamu:

              Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat. Subjek ialah perkara yang diceritakan. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ). Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna. 

    Terdapat empat jenis ragam iaitu:

     - ayat penyata
     - ayat tanya
     - ayat seruan
     - ayat perintah
     
     Contoh ragam ayat:

    a) Ayat penyata - Kakak sedang menyiram bunga.
    b) Ayat tanya - Berapakah harga kasut itu?
    c) Ayat seruan - Amboi, cantiknya baju kamu!
    d) Ayat perintah - Hantarlah buku itu sebelum pulang.

5. Setelah memahami empat ragam ayat tersebut sila jawab latihan kamu pada link berikut:

   Latihan PdPR 1 Bahasa Melayu Tahun 6

Selamat belajar dari rumah.☺☺☺


#nakberjayakenaberusaha