19 Mac 2012

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Taufik bin Lahamid,
Batu 27, Jalan Kelubi,
Kampung Telok Gong,
78200 Kuala Sungai Baru,
Melaka.
_____________________________________________________________________________________

Puan Emyliana binti Hamzah,
Guru Kelas Tahun Enam Inovatif,
Sekolah Kebangsaan Sungai Tuang,
78300 Masjid Tanah,
Melaka. 19 MAC 2012.

Puan,

Tidak Hadir ke Sekolah

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya Taufik bin Lahamid ialah salah seorang murid Tahun Enam Inovatif. Saya ingin memaklumkan kepada puan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari. Tarikh saya tidak dapat hadir itu pada 19 dan 20 Mac 2012 iaitu pada hari Isnin dan Selasa.

3. Saya tidak dapat hadir ke sekolah pada dua hari tersebut kerana demam. Saya mengalami demam kerana terkena hujan panas pada hari semalamnya sewaktu pergi membeli barang di kedai. Selepas saya pulang ke rumah, kepala saya pening dan badan saya berasa menggigil.

4. Untuk pengetahuan puan, saya sudahpun dibawa oleh bapa saya ke klinik untuk mendapat rawatan daripada doktor. Beliau telah memberi saya ubat demam dan antibiotik. Doktor juga telah memberi saya surat cuti sakit selama dua hari iaitu pada hari yang saya tidak hadir ke sekolah itu.

5. Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat cuti sakit yang telah diberikan oleh doktor untuk rujukan dan tindakan pihak puan. Saya meminta maaf jika ketidakhadiran saya ke sekolah telah menimbulkan kesulitan kepada pihak puan. Saya berjanji akan hadir ke sekolah setelah tempoh cuti sakit saya habis. Saya juga akan menyiapkan semua kerja sekolah yang tidak dapat dibuat selama saya tempoh saya tidak hadir tersebut.

Akhir kata, perhatian dan kerjasama pihak puan diucapkan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

Taufik
……………………………
(TAUFIK BIN LAHAMID)
Murid Tahun Enam Inovatif,
Sekolah Kebangsaan Sungai Tuang.

7 ulasan:

  1. wow !....karangan yang bagus

    BalasPadam
  2. thanks..karangan yang bagus

    BalasPadam
  3. Ni bukakn ke surat kiriman rasmi?

    BalasPadam
  4. Ni bukan ke karangan surat rasmi?

    BalasPadam
  5. ini bukan karangan rasmi k?

    BalasPadam
  6. bagus karangan surat kiriman rasmi ni

    BalasPadam