10 September 2012

Keburukan Makanan Ringan

            Makanan ringan seperti keropok, gula-gula, jeruk dan lain-lain amat disukai oleh kanak-kanak.  Namun begitu, makanan ringan mempunyai banyak keburukannya  kepada kesihatan kita.
 
            Antara keburukannya, ia boleh menyebabkan kita menghidap penyakit kanser kerana makanan ringan mengandungi pewarna dan pelbagai perisa. Ianya juga mengandungi bahan-bahan kimia yang tidak baik untuk kesihatan.  Bahan- bahan kimia juga boleh melemahkan fikiran.
 
            Punca penyakit diabetes dan sakit jantung juga berpunca daripada makanan ringan. Hal ini demikian kerana, makanan ringan mengandungi gula dan garam yang berlebihan.  Garam yang berlebihan juga boleh menyebabkan darah tinggi.  Penyakit ini memerlukan kos yang tinggi untuk mengubatinya.
 
 
            Jika kita banyak makan makanan ringan, ia boleh menyebabkan  berat badan bertambah.   Itulah punca kegemukan dan obesiti.  Penyakit ini amat berbahaya kepada kita kerana apabila bersenam kita akan cepat penat dan tidak boleh mengeluarkan peluh yang baik untuk tubuh badan.
 
             
            Makanan ringan tidak mempunyai vitamin dan zat galian yang diperlukan oleh tubuh badan.  Jadi kita akan mudah diserang penyakit dan akan melemahkan organ organ badan.  Jika kita diserang penyakit,  ia menyebabkan berlakunya pembaziran kerana kita perlu perbelanjaan untuk mendapatkan rawatan doktor dan membeli ubat-ubatan.
 
         
           Kesimpulannya, elakkanlah daripada mengambil makanan ringan.  Jika kita mengelakkannya kita akan menjadi seorang yang sihat dan cerdik.  Jadi, hindarkanlah makanan ringan daripada mendekati diri kita.
 

2 ulasan: