15 Februari 2021

PdPR 5 Bahasa Melayu Tahun 6

 STANDARD PEMBELAJARAN : 4.2.2

OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat mengujarkan cerita menggunakan bahasa yang indah dan ayat yang gramatis untuk menyampaiakn idea dengan bahasa badan yang kreatif.

Langkah-langkah pembelajaran kamu pada hari ini:

1.  Sila tonton video yang disediakan.

2.  Buka buku teks Bahasa Melayu pada muka surat 26 dan baca secara mekanis (senyap).

3.  Padankan pernyataan dengan tiga gambar yang terdapat dalam cerita tersebut.

4.  Salin semula petikan pada muka surat 26 itu ke dalam buku penulisan (panjang).  Sila tambah isi cerita tersebut berdasarkan pernyataan dan buat kesudahan cerita dengan idea kamu sendiri (KBAT).  

5.  Semak jawapan yang telah kamu buat sebelum menghantar kepada saya iaitu ejaan, huruf besar, imbuhan dan tanda baca yang betul.

6.  Sampaikan semula cerita yang telah siap itu di hadapan keluarga kamu dengan gerak tubuh yang menarik.

7.  Seterusnya hantar gambar karangan yang kamu dah siap buat ke whatsapp saya.

8. Hantar buku penulisan itu ke sekolah selewat-lewatnya hari Rabu ini (17 Februari 2021) untuk disemak.


Sila klik link di bawah untuk membuat tugasan kamu >> 

https://classroom.google.com/u/7/w/MjM0ODEzMDk5MDcz/tc/MjY1MTQ1NjQxMTc5

ATAU

https://forms.gle/xPGu2xwnmnAp536j8


SELAMAT BELAJAR.

#nakberjayakenaberusaha



Tiada ulasan:

Catat Ulasan