02 Julai 2025

Karangan Bersiri

 Tuliskan sebuah karangan tentang pengalaman kamu membantu seekor anak kucing terjatuh ke dalam longkang semasa pulang dari sekolah.

Panjang karangan kamu sekurang-kurangnya 80 patah perkataan.

 

 

51 ulasan:

  1. Arif

    ---

    **Anak Kucing yang Terjatuh**

    Pada suatu petang, saya berjalan pulang dari sekolah. Tiba-tiba, saya terdengar bunyi anak kucing mengiau dari dalam longkang.

    Saya melihat seekor anak kucing yang kecil dan basah di dalam longkang itu. Saya rasa sangat kasihan kepadanya.

    Saya segera turun ke dalam longkang dan mengangkat anak kucing itu. Nasib baik ia tidak cedera.

    Saya bawa pulang anak kucing itu ke rumah. Ibu membantu saya membersihkannya dan memberi makan.

    Sekarang, anak kucing itu sihat dan tinggal bersama saya. Saya menamakannya Putih. Saya gembira kerana dapat menyelamatkannya.


    BalasPadam



  2. **Anak Kucing Terjatuh Longkang**

    Pada suatu petang, saya terdengar bunyi anak kucing mengeow kuat di tepi jalan. Saya pun mencari dan ternampak seekor anak kucing terjatuh dalam longkang.

    Kucing itu basah dan menggigil. Ia cuba naik sendiri tapi gagal. Saya rasa kasihan dan segera mencari kayu panjang untuk membantunya.

    Saya hulurkan kayu ke dalam longkang. Anak kucing itu perlahan-lahan panjat kayu tersebut dan saya berjaya mengangkatnya keluar.

    Saya bawa pulang anak kucing itu dan membersihkannya. Ibu saya bantu beri susu. Kami jaga dia sampai sihat dan beri nama "Tom".

    Saya belajar bahawa membantu makhluk kecil seperti anak kucing pun sangat penting. Ia membuatkan saya rasa gembira dan bersyukur

    BalasPadam
  3. ASLM CIKGU SAYA MUHAMMAD RAYYAN IMAN TAHUN 6

    "SEEKOR ANAK KUCING YANG TERJATUH KE DALAM LONG KANG"

    Pada suatu petang, saya pulang ke rumah dengan berjalan kaki.

    Tiba-tiba, saya melihat seekor anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang

    Lalu, saya membantu anak kucing itu untuk keluar daripada longkang yang dalam itu. Saya membawa anak kucing itu pulang ke rumah dan merawat luka yang berada di badan anak kucing itu.

    Selepas tiga hari, saya melihat kondisi anak kucing itu lebih baik.

    Akhir sekali, saya menghantar anak kucing itu ke tempat asalnya dan memberi sedikit makanan, saya sangat gembira kerana dapat menolong seekor anak kucing.




    BalasPadam
  4. HIBRI TAHUN 6

    Menyelamatkan anak kucing


    Pada suatu petang, saya berjalan kaki pulang dari sekolah.

    Tiba-tiba, saya ternampak seekor anak kucing terjatuh di dalam longkang
    yang dalam.

    Saya berasa sungguh kasihan melihat anak kucing itu. Kemudian saya turun ke dalam longkang untuk menggambil anak kucing itu.

    Saya membawa anak kucing itu pulang ke rumah. Kemudian saya telah merawat anak kucing itu.

    Saya memandikan anak kucing itu dan saya memberikan makanan kepada anak kucing itu.

    Saya sungguh gembira dan bangga kerana dapat menyelamatkan anak kucing itu.


    BalasPadam
  5. MENYELAMATKAN ANAK KUCING JATUH LONGKANG
    Qaseh tahun 6

    Pada hari Selasa sewaktu saya pulang sekolah saya mendengar suara halus dari sebelah kiri saya, selepas mendengar suara itu saya terus pergi ke longkang itu dan rupa-rupanya ada seekor anak kucing yang terjatuh didalam longkang itu.

    Selepas saya menolong kucing itu saya segera bawak kucing itu ke klinik haiwan yang berdekatan, selepas itu saya membawa dia ke rumah dan merawat dia.

    Saya sungguh gembira kerana dapat meraawat anak kucing itu sehingga sihat.

    BalasPadam
  6. pada satu hari saya semasa saya mahu balek saya melihat anak kucing
    yang jatuh di lokang

    selepas itu saya mebawa anak kucing itu dan saya madikan anak kucing
    dan saya mebagikan ubat dan susu dan saya megikan anak kucing itu

    selepas hari itu anak kung itu sehat dan boleh bejalan lagi dan
    saya gebirah

    BalasPadam
  7. Puteri Aishah Tahun 6

    Pada hari Rabu saya dan kawan kawan saya pergi ke taman di hadapan sekolh untuk rehat semasa habis sekolh pada pukul 1.50P.M. saya terdengar suara anak kucing di dalam longkang di taman.
    Saya menyelamatkan anak kucing itu kerana longkang itu berair saya mengambil denagn tolongn kawan kawan saya
    Saya membawa balik anak kucing itu untuk membawa balik kerana mak saya sangat suka akan kucing itu.

    BalasPadam
  8. dari Rayqal

    **Pengalaman Menyelamatkan Anak Kucing**

    Pada suatu petang, saya pulang dari sekolah seperti biasa. Cuaca sangat panas dan saya berjalan perlahan sambil menikmati angin petang.

    Tiba-tiba, saya terdengar bunyi anak kucing mengiau. Saya mencari-cari sumber bunyi itu dan ternampak seekor anak kucing terjatuh ke dalam longkang.

    Anak kucing itu kelihatan lemah dan ketakutan. Saya segera mencari sebatang kayu dan menghulurkannya untuk membantu.

    Setelah beberapa percubaan, saya berjaya mengangkat anak kucing itu keluar. Saya membalutnya dengan sapu tangan dan membawanya pulang.

    Saya berasa sangat gembira kerana dapat menyelamatkan nyawa seekor makhluk yang tidak berdaya.

    BalasPadam
  9. QATRINA TAHUN 6

    Pada suatu petang , saya terdengar bunyi megeow di tepi lonkang rumah saya , dan saya menolong kucing itu keluar dari longkang itu.

    Kucing itu sangat kotor dan saya bersihkan kucing itu memandi kan kucing itu.

    BalasPadam
  10. ASLM CIKGU SAYA MUHAMMAD DANISH FIRRAN TAHUN 6
    berjasa kepada anak kucing
    Pada suatu petang, semasa saya pulang ke sekolah, saya mendengar suara seekor anak kucing di longkang.

    Kemudian, saya pergi ke arah anak kucing tersebut untuk memeriksa keadaan anak kucing tersebut.

    Selain itu, saya juga membawa anak kucing itu pulang kerumah untuk memberi tahu kedua ibu bapa saya.

    selepas itu, saya juga memandikan anak kucing tersebut dan saya memberi makanan untuk anak kucing tersebut.

    Tambahan pula, saya telah mengajak kedua ibu bapa saya agar membawa anak kucing tersebut ke klinik haiwan.

    Akhir sekali, saya berasa gembira kerana dapat menolong anak kucing tersebut.Saya berharap dapat menyelamatkan anak kucing lagi pada suatu hari nanti.



    BalasPadam
  11. Amalina Aisyah



    Pada suatu petang,saya sedang berjalan di sebuah lorong yang berada di rumah saya.Tiba-tiba saya terdengar suara kucing sedang mengeong kucingn itu terjatuh ke dalam longkang yang sangat dalam.Saya menolong kucing itu dan memberi ia makan.

    setelah itu sya membela kucing itu dirumah saya akhir sekali marilah kita berjasa ke anak kucing dan hawan lain...

    BalasPadam
  12. Anisah Tahun 6

    Pada suatu petang, saya terdengar bunyi anak kucing megeow kuat di tepi jalan. Saya pun mencari dan ternampak seekor anak kucing terjatuh dalam longkang.
    Kucing itu basah dan menggigil. Ia cuba naik sendiri tapi gagal. Saya rasa kasihan dan segera mencari kayu panjang untuk membantunya.

    BalasPadam
  13. Muhamad iman tahun 6

    Tajuk .seekor kucing terjatuh di longkang

    pada suatu hari saya ternampak seekor kucing terjatuh di longkang saya

    BalasPadam
  14. TAJUK ;MENOLONG ANAK KUCING

    ASLM CIKGU SAYA MUHAMMAD AZHARI ADNAN BIN MOHD AZRI

    PADA SUATU PETANG , SAYA PULANG E RUMAH DENGAN BERJALAN KAKI.

    TIBA TIBA SAYA TERDENGAR SUARA SEEKOR ANAK KUCING ,SAYA MENCARI DENGAN SUSAH PAYAH SUMBER SUARA ITU

    AKHIRNYA SAYA MENJUMPAI SUMBER SUARA ITU .RUPANYA SUARA ITU BERASAL DARI DALAM LONGKANG YANG SANGAT DALAM

    LALU SAYA BERUSAHA UNTUK MENGAMBIL ANAK KUCING ITU.AKHIRNYA SAYA DAPAT MENGAMBIL ANAK KUCING ITU.

    SESAMPAINYA SAYA DI RUMAH SAYA TERUS MEMANDIKAN ANAK KUCING ITU DENGAN SABUN DAN SAYA MENGELAP BADAN KUCING ITU DENGAN CERMAT.

    SELEPAS ITU SAYA MEMBERINYA MAKAN MAKANAN YANG SANGAT SEDAP DAN MENGELUS ANAK KUCING ITU DAN SAYA MEMBERI NAMA KEPADA ANAK KUCING ITU IAITU AVANZA.

    SAYA SANGAT BANGGA KERANA DAPAD MENYELAMATKAN ANAK KUCING ITU DARIPADA BENCANA YANG DIALAMI OLEH ANAK KUCING ITU.

    BalasPadam
  15. Pada hari rabu saya pergi ketaman dengan kawan-kawan saya pada pukul 4:40 dan saya mendengar suara kucing di dalam longkang.Saya dan kawan-kawan saya pun menyelamat kan kucing itu

    Selepas itu saya segera membawa kucing itu pergi ke klinik haiwan untuk merawat dia.

    Saya sunggu gembira selepas merawat kucing itu,kucing itu sangat sehat

    BalasPadam
  16. NUR AFINA ALISA BINTI MOHAMMAD FAIZAL Pada suatu hari,Afina sedang berjalan balik ke rumah selepas ke sekolah.Tiba-tiba Afina mendengar suara tangisan anak kucing.

    Afina mula mencari dan menjumpai anak kucing itu di dalam longkang.Kucing itu nampak kesejukkan.

    Afina melihat sekeliling dan melihat batang kayu yang besar,Afina mula menjulur batang kayu itu ke arah kucing itu untuk panjat.

    Selepas kucing itu panjat,Afina memegang kucing tersebut dengan erat.Memastikan kucing itu rasa selesa dan selamat.

    Afina membawa kucing itu ke rumah dan mandikannya dengan lembut,Afina merasa lega apabila melihat kucing itu berasa selamat.

    Selepas mandi,kucing itu tidur di atas pangkuan Afina.Afina rasa sangat bangga.

    BalasPadam
  17. Dari darwisy 6 Ibnu Kathir

    BalasPadam
  18. Pengalaman membantu seekor kucing

    BalasPadam
  19. Pada suatu petang yang cerah, sya dalam perjalanan pulang Dari sekolah. Tiba-tiba saya terdengar anak kucing mengeow dengan kuat Dari arah longkang
    Berhampiran.Saya sengera meng hampiri Dan mendapati seekor anak kucing telah
    Terjatu dalam longkang yang dalam Dan berlumpur

    Saya berasa kasian melihat keadaannya yang basah Dan ketakutan.Tanpa berlengah, saya mencari sebatang kayupanjang untuk membantu mengangkat kucing itu keluar. Setelah beberapa percubaan, akhirnya saya berjaya mengengkatnya dengan perlahan - lahan.Saya membalut kucing itu dengan sapu tangan Dan membawanya pulang.

    Saya membershikan kucing itu Dan memberinya makan. Ibu saya sangat bangga dengan tindakan saya.pengalaman ini mengajar saya supaya sentiasa menyayangi Dan membantu haiwan yang berasa dalm kesusahan.

    BalasPadam
  20. Arash Tahun 6

    Pada suatu hari, saya berjalan kaki pulang dari sekolah.

    Tiba-tiba, saya ternampak seekor kucing terjatuh di longkang,

    Saya dengan segera membawa kucing itu ke rumah saya,

    Sesampai di rumah, saya membasuhi kucing itu,

    Selepas membasuhi kucing itu, saya mengeringkan bulu kucing menggunakan pengering rambut.

    Saya memberi kucing itu makan dan menidurkan kucing tersebut.

    Sesudah itu, saya memberi kucing kepada mak saya.

    Akhir sekali, dalam berberapa hari kemudian, saya dan mak saya melepaskan kucing itu hidup bebas .

    BalasPadam
  21. dari Arif Tahun 6

    Suatu Pengalaman Yang Saya Tidak Dapat Lupakan

    Tajuk: Saya Terjumpa Dinosaur Dalam Longkang

    Pada suatu pagi yang cerah, saya berjalan pulang dari sekolah. Cuaca agak panas, jadi saya memilih untuk melalui jalan pintas di tepi taman. Tiba-tiba, telinga saya menangkap bunyi pelik seakan-akan ngauman yang kuat. Dengan hati berdebar, saya menghampiri longkang besar di tepi jalan itu.

    Apabila saya melihat ke dalam longkang, alangkah terkejutnya saya kerana terlihat seekor makhluk yang menyerupai dinosaur! Matanya bulat besar, kulitnya kasar kehijauan, dan ekornya panjang melilit di dalam longkang sempit itu. Saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat kerana dinosaur sepatutnya sudah lama pupus.

    Saya segera menutup mulut agar tidak menjerit. Kalau saya menjerit, mungkin makhluk itu akan marah. Dinosaur itu kelihatan lemah dan lapar. Saya ternampak ia cuba menjilat air yang mengalir dalam longkang tersebut. Timbul rasa kasihan dalam hati saya.

    Tanpa membuang masa, saya berlari pulang ke rumah untuk mengambil sedikit makanan seperti ayam goreng dan roti. Saya kembali ke longkang dan melemparkan makanan itu ke arah dinosaur tersebut. Anehnya, makhluk itu makan dengan rakus seolah-olah sudah berhari-hari tidak menjamah makanan.

    Tidak lama kemudian, orang kampung mula datang setelah mendengar bunyi pelik dari longkang itu. Mereka semua terkejut besar apabila melihat dinosaur yang masih hidup. Ada yang menjerit ketakutan, ada pula yang mengambil telefon untuk merakam video. Suasana menjadi kecoh seketika.

    Akhirnya, pihak berkuasa dipanggil untuk menguruskan hal tersebut. Saya berasa bangga kerana sayalah orang pertama yang menjumpai dinosaur itu. Walaupun ia menakutkan, pengalaman ini adalah kenangan yang paling luar biasa dalam hidup saya. Sampai sekarang, saya masih tidak percaya bahawa saya pernah melihat dinosaur dalam longkang

    BalasPadam
  22. Pada waktu petang, saya menunggang basikal bersama rakan-rakan di sebuah bukit berhampiran rumah. Suasana sangat meriah dengan gelak ketawa kami.

    Saya berasa seronok menunggang dengan laju sambil berlumba dengan mereka. Namun, tayar basikal saya tersangkut pada batu. Saya hilang kawalan lalu terjatuh dengan kuat.

    Akibatnya, lutut saya luka dan siku saya berdarah. Dahi saya pula terhantuk pada batu. Parut di dahi itu masih berbekas hingga ke hari ini.

    Rakan-rakan saya segera datang membantu dengan penuh keprihatinan. Mereka menenangkan saya yang sedang menangis. Seorang rakan berlari memanggil ibu saya di rumah.

    Ibu datang tidak lama kemudian dengan wajah cemas. Beliau membersihkan luka saya walaupun terasa amat pedih. Ibu menasihatkan saya supaya lebih berhati-hati.

    Sejak itu, saya belajar bahawa keselamatan lebih penting daripada keseronokan. (122 patah perkataan)

    BalasPadam
  23. Suatu Pengalaman Yang Tidak Dapat Saya Lupakan [RIZQ RAYQAL ZAHRAN]

    Pada bulan 4 yang lalu,saya telah pulang kekampung.Kampung saya terletak di Jeram,Melaka.Pada waktu petang,saya telah menaiki basikal bersama kawan saya iaitu Haikal.

    Kami menaiki basikal dengan gembira.Kami membawa basikal sekeliling kampung. Saya berasa gembira.

    Tiba-tiba,saya melihat segunung bukit yang tinggi.Saya berasa takut untuk menuruni bukit itu.Namun saya terpaksa menuruni bukit itu kerana rumah saya dan kawan saya berada dibawah bukit itu.

    Saya menuruni bukit itu dengan cermat.Namun apabila saya menarik brek basikal,tiba-tiba brek basikal saya tidak dapat menahan basikal.saya berasa takut kerana basikal yang saya naiki itu menuruni bukit dengan laju.

    Saya mencuba menahan bukit menggunakan kaki saya namun ia tidak berhasil.Saya jatuh kekawasan yang tajam.Tangan saya dan kaki saya luka.

    Akhirnya,tangan saya dibalut dan tidak dapat membukanya selama seminggu.Begitulah pengalaman saya yang tidak dapat dilupakan.

    BalasPadam
  24. Saya mempunyai dua orang sahabat karib iaitu Azhim dan Darwisy. Kami bertiga berkawan sejak sekolah rendah lagi. Kami sering melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama.

    Azhim seorang yang periang dan suka bergurau. Darwisy pula bijak dan tenang. Saya pula sering menjadi perancang dalam kumpulan kami. Kami saling melengkapi antara satu sama lain.

    Kami juga saling membantu dalam pelajaran. Jika ada antara kami yang tidak faham, kami akan belajar bersama. Hal ini menguatkan lagi persahabatan kami.

    Pernah satu ketika, Azhim sakit dan tidak hadir ke sekolah. Saya dan Darwisy melawatnya serta membawakan kerja sekolah. Azhim sangat gembira dengan keprihatinan kami.

    Kami juga sering bersaing secara sihat dalam pelajaran. Kami tidak pernah iri hati, sebaliknya saling memberi semangat.

    Saya amat bersyukur mempunyai sahabat seperti Azhim dan Darwisy. Saya berharap persahabatan kami kekal selamanya.

    BalasPadam
  25. Qaseh Inka Dhania
    **SUATU PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN**

    Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah mengalami satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Pada hari itu, saya dan keluarga pergi berkelah di pantai Port Dickson. Kami bertolak pada awal pagi dengan menaiki kereta ayah. Suasana di sepanjang perjalanan sungguh menyeronokkan kerana kami berbual dan ketawa bersama-sama.

    Apabila tiba di pantai, saya berasa sangat gembira melihat ombak yang beralun dan pasir yang putih bersih. Saya dan adik segera berlari ke gigi air untuk bermain air laut. Ayah dan ibu pula menyiapkan makanan yang dibawa dari rumah.

    Namun begitu, ketika asyik mandi, saya tiba-tiba dihanyutkan sedikit jauh oleh ombak yang kuat. Saya menjadi panik dan hampir lemas. Mujurlah seorang penyelamat pantai segera datang membantu saya. Saya ditarik ke tepi pantai dan diberi rawatan ringkas. Pada waktu itu saya berasa sangat takut dan hampir menitiskan air mata.

    Walaupun pengalaman itu menakutkan, saya belajar sesuatu yang penting. Saya sedar bahawa kita mesti berhati-hati ketika berada di laut dan tidak boleh terlalu leka. Peristiwa itu benar-benar menjadi pengajaran yang amat bermakna dalam hidup saya.

    Kesimpulannya, pengalaman hampir lemas di pantai merupakan satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Saya berjanji akan sentiasa berwaspada agar perkara sebegitu tidak berulang lagi.

    BalasPadam
  26. Rabu,
    27 Ogos 2025.


    Tajuk : Suatu Pengalaman yang Tidak Dapat Saya Lupakan

    Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah mengikuti rombongan sekolah ke Pulau Langkawi. Itulah kali pertama saya menaiki feri dan terasa sangat teruja.
    Setibanya di pulau itu, saya dan rakan-rakan dibawa melawat ke banyak tempat menarik. Antara yang paling menyeronokkan ialah lawatan ke Underwater World. Saya dapat melihat pelbagai jenis ikan yang cantik dan berwarna-warni.
    Selain itu, kami juga menaiki kereta kabel. Pemandangan dari atas bukit memang sungguh indah. Saya berasa kagum melihat keindahan ciptaan Tuhan.
    Pada waktu malam, guru pengiring membawa kami membeli-belah di pasar malam. Saya membeli beberapa cenderamata untuk keluarga sebagai tanda kenangan.
    Pengalaman ini sangat bermakna kerana saya dapat mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan dan menambah pengetahuan.
    Sesungguhnya, lawatan ke Pulau Langkawi itu merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sepanjang hidup saya.
    [142 patah perkataan]

    BalasPadam
  27. Rabu Anisah Humairah binti Mohd Osmanw
    27 Ogos2025

    Suatu Pengalaman Yang Tidak Dapat Saya Lupakan

    Hari keluarga adalah hari yang sangat istimewa bagi saya. Pada hari itu, seluruh ahli keluarga berkumpul di rumah nenek. Kami makan bersama, bergembira dan berkongsi cerita.
    Kami bermain permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban. Anak-anak kecil sangat riang dan ketawa bersama. Ibu memasak makanan kegemaran semua orang seperti nasi lemak dan kuih-muih.
    Selepas makan, kami menonton filem bersama di ruang tamu. Semua orang kelihatan gembira dan penuh kasih sayang. Saya sangat menghargai masa bersama keluarga kerana ia mengeratkan hubungan kami.
    Hari keluarga membuatkan saya rasa bahagia dan bertuah kerana mempunyai keluarga yang penyayang dan sentiasa menyokong saya.
    Saya berharap hari keluarga dapat diadakan lebih kerap supaya kami dapat menghabiskan lebih banyak masa bersama.


    (120 patah perkataan)

    BalasPadam
  28. Suatu Pengalaman yang Tidak Dapat Saya Lupakan.

    MUHAMMAD DANISH FIRRAN BIN MOHD FIRDAUS

    Pada tahun yang lalu, saya dan keluarga telah pergi ke kampung saya yang terletak di
    KUALA KANGSAR. PERAK.Pada waktu itu, kami bergerak pada pukul 6:00 pagi
    dengan menaiki dua buah kereta.
    Tujuan kami pulang ke kampung untuk bersiar-siar disana.Antara aktiviti yang kami lakukan disana ialah seperti makan durian bersama-sama.Selepas itu, kami pergi bermandi-manda disungai.
    Selain itu, selepas bermandi-manda, kami berehat dan makan minum bersama-sama.Kami juga pergi membeli-belah yang terletak dibandar KUALA KANGSAR, PERAK.
    Kemudian, kami sekeluarga pergi mencari tempat makan yang terkenal disana.Pada waktu petang, kami bermain bola dan bermain sepak takraw disana.
    Tambahan pula, pada waktu malam, kami berehat dan berborak dengan saudara-mara yang ada disana.Bak kata pepatah, JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGAN.
    Akhir sekali, saya berasa gembira kerana dapat mengisi masa lapang bersama keluarga.Saya
    harap dapat pergi kesana pada satu masa akan datang.


    148 patah perkataan

    BalasPadam
  29. Amanda Rihanna Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah menyertai rombongan sekolah ke Petrosains di Kuala Lumpur. Pengalaman ini amat bermakna dan tidak akan saya lupakan.
    Kami bertolak seawal pukul 7 pagi dan tiba di Suria KLCC kira-kira dua jam kemudian. Suasana dalam bas amat meriah dengan gelak tawa dan nyanyian rakan-rakan.
    Setibanya di Petrosains, kami disambut oleh kakitangan yang mesra. Kami memulakan lawatan dengan menaiki "Dark Ride", iaitu kereta bergerak yang membawa kami ke pameran.
    Saya berasa sangat teruja melihat pelbagai pameran interaktif berkaitan sains dan teknologi. Saya juga berpeluang mencuba simulator dan permainan sains yang menarik.
    Pengalaman itu bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi banyak ilmu baharu. Saya lebih memahami tentang tenaga, minyak, dan teknologi moden.
    Secara keseluruhannya, lawatan ke Petrosains itu sangat menyeronokkan dan meninggalkan kenangan manis dalam hidup saya. Saya berharap dapat ke sana.


    [135 patah perkataan ]

    BalasPadam

  30. SUATU PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN
    Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah mengalami suatu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila. Peristiwa itu berlaku ketika saya menyertai aktiviti perkhemahan bersama rakan-rakan dan guru di sebuah hutan rekreasi.
    Pada awalnya, saya berasa sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama saya mengikuti perkhemahan. Setibanya di kawasan tapak khemah, kami bergotong-royong mendirikan khemah dan menyediakan tempat memasak. Walaupun penat, kami tetap berasa seronok kerana dapat bekerjasama.
    Namun begitu, pengalaman yang benar-benar meninggalkan kesan mendalam dalam hidup saya berlaku pada malam pertama. Sewaktu semua peserta sedang asyik bersembang, tiba-tiba kami terdengar bunyi ranting patah di kawasan berhampiran. Kami menjadi panik kerana menyangka ada binatang buas menghampiri khemah kami. Guru pengiring segera menenangkan kami sambil menggunakan lampu suluh untuk memeriksa kawasan tersebut. Rupa-rupanya, bunyi itu datang daripada seekor kera yang sedang mencari makanan.
    Walaupun pada mulanya saya ketakutan, peristiwa itu mengajar saya tentang pentingnya bertenang ketika menghadapi sesuatu keadaan cemas. Saya juga belajar bahawa setiap pengalaman, sama ada menyeronokkan atau menakutkan, mampu memberikan pengajaran yang berharga.
    Kesimpulannya, perkhemahan itu merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Selain dapat mengeratkan hubungan persahabatan, saya juga memperoleh keyakinan diri untuk menghadapi cabaran. Sesungguhnya pengalaman tersebut akan sentiasa terpahat dalam memori saya
    1. Puteri Nor Aishah
    2. Amira Zulaikha

    BalasPadam
  31. Suatu Pengalaman yang Tidak Dapat Saya Lupakan
    Pada minggu lepas, saya telah menyertai satu perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Perkhemahan ini diadakan di padang sekolah selama dua hari satu malam.
    Tujuan utama perkhemahan ini adalah untuk melatih murid menjadi lebih berdikari dan berdisiplin. Ramai murid menyertai aktiviti ini dengan penuh semangat dan gembira.
    Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti memasak, ikhtiar hidup, dan sukaneka. Kami juga belajar cara mendirikan khemah dengan betul.
    Pada waktu malam, kami mengadakan malam kebudayaan. Setiap kumpulan membuat persembahan seperti nyanyian, tarian, dan lakonan.
    Saya berasa sangat seronok kerana dapat belajar banyak perkara baharu. Selain itu, saya juga dapat bergaul dengan rakan-rakan dari kelas lain.
    Saya berharap pihak sekolah akan menganjurkan perkhemahan seperti ini lagi. Aktiviti seperti ini amat bermanfaat kepada murid-murid.

    [ 135 patah perkataan ]

    BalasPadam
  32. SUATU PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT SAYA LUPAKAN [UQBAH]



    Setiap orang pasti mempunyai pengalaman yang menarik dalam hidupnya. Pengalaman ini boleh menjadi pengajaran yang berharga untuk masa depan. Saya juga ingin berkongsi satu pengalaman saya yang tidak akan saya lupa.
    Pada cuti sekolah yang lepas, saya berpeluang pergi ke kampung nenek saya di sebuah bandar kecil. Ini adalah kali pertama saya pergi ke sana seorang diri tanpa ibu bapa. Pada awalnya, saya rasa takut dan berdebar-debar kerana tidak biasa berada jauh dari rumah.
    Setibanya di kampung, saya disambut dengan mesra oleh nenek dan saudara-mara. Saya merasa sangat gembira dan teruja untuk meneroka persekitaran kampung yang penuh dengan suasana yang tenang dan nyaman. Saya juga membantu nenek melakukan kerja-kerja ringan seperti menyiram pokok dan membersihkan halaman rumah.
    Sepanjang berada di kampung, saya belajar banyak perkara baru. Saya dapat melihat bagaimana orang kampung menjalani kehidupan mereka dengan penuh kesederhanaan dan kerjasama. Saya juga belajar menghargai alam semula jadi dan pentingnya menjaga kebersihan persekitaran.
    Pengalaman ini mengajar saya menjadi lebih berdikari dan menghargai keluarga serta alam sekitar. Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai suasana kampung dan mengumpul kenangan manis. Saya berharap dapat kembali ke sana lagi suatu hari nanti.

    230 patah perkataan

    BalasPadam
  33. SUATU PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN {MUHAMMAD RAYYAN IMAN}


    PADA TAHUN YANG LALU,SAYA INGIN MENYERTAI PERTANDINGAN NASYID.SAYA BERSAMA RAKAN SEKELAS SAYA MENYMERTAI PERTANDINGAN NASYID.

    SEBELUM MEMULAKAN LATIHAN,USTAZAH MEMBUAT PEMILIHAN PENYANYI DAN PEMAIN ALAT MUZIK DALAM KUMPULAN NASYID.SAYA BERSAMA TIGARAKAN SAYA TERPILIH UNTUK MEMASUKI KUMPULAN NASYID.KUMPULAN NASYID ITU MEMPUNYAI 7 PENYANYI DAN 3 PEMAIN ALAT MUZIK.

    KAMI MELAKUKAN LATIHAN NASYID SEBELUM BERTANDING DI PERINGKAT DAERAH.6 PASUKAN NASYID LELAKI DAN 3 PASUKAN NASYID PEREMPUAN YANG BERTANDING DI PERINGKAT DAERAH

    SETIAP KUMPULAN MEMBUAT PERSEMBAHAN DENGAN BAIK.SELEPAS SEMUA KUMPULAN MEMBUAT PERSEMBAHAN,JURI MENGUMUMKAN PEMENANG UNTUK SETIAP KATEGORI.

    KAMI SANGAT GEMENTAR KERANA TAKUT TIDAK MENANG PADA PERINGKAT DAERAH TAPI ALHAMDULILLAH KAMI MENDAPAT JOHAN DALAM PERTANDINGAN NASYID PERINKAT DAERAH.

    KAMI PERGI KE PERINGKAT NEGERI DAN MENDAPAT JOHAN JUGA.
    KEMUDIAN KAMI PERGI KE PERINKAT KEBANGSAAN DAN MENDAPAT NAIB JOHAN.KAMI SANGAT GEMBIRA PADA WAKTU ITU.KAMI PULANG DENGAN BAHAGIA. SAYA BERHARAP KAMI AKAN MASUK PERTANDINGAN NASYID KETIKA SEKOLAH MENENGAH NANTI.

    BalasPadam
  34. Suatu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan

    Pada pagi yang gelap saya datang ke sekolah lebih awal pada biasanye.Sekolah saya itu masih lah teramat sepi,saya tidak melihat seorang pun manusia mahu pun haiwan kecil

    Pada biasa nye saya dan rakan-rakan sering melihat burung yang berkicaun namun pada hari itu sedikit menakutkan pada hari biasanye tiada bunyi apa apapun selain bunyi angin yang berhembusan namun saya tidak mengambil berat akan angin itu.

    Kemudian saya menaiki anak tangga untuk sampai ke kelas,kelas saya ade di lantai dua untuk mempendek kan cerita saya pun telah sampai ke kelas namun pintu kelas itu masih dalam keaadan yang terkunci terpaksalah saya menunggu kawan saya sampai ke sekolah semari saya menunggu rakan saya,saya berjalan-jalan di koridor untuk meniup angin yang segar dan menikmati kesepian dan kesunyian.

    Kemudian saya terasa ingin membuang air kecil,lalu saya bergegas pergi ke tandas terdekat,selepas saya habis membuang air kecil saya ingin membasuh tangan kemudian waktu saya membasuh tangan saya melihat seeorang budak perempuan tanpa bertudung dan memakai baju berwarna merah gelap sedang memandangi cermin yang ade dihadapan nye.

    Lalu saya mengajak perempuan itu untuk berkenalan namun perempuan itu tidak membalas sepatah perkataan pun selepas itu tanpa banyak cakap saya memberanikan diri untuk melihat ke bawah terkejut nye saya,saya melihat kaki nye melayang ke udara saya lalu keluar dari tandas itu.

    Lalu saya bergegas keluar daripada tandas itu dan saya menyadari bahawa sekolah saya tidak ada tandas di sebelah bilik sukan lama saya terlalu takut samapi saya tidak sadar kan diri selepas saya terbangun saya terkejut kerana saya melihat satu lembaga iatu pontianak dan saya pingsan kembali dan saya terbangun semula di dalam bilik saya apabila saya menceritakan kepada ibu saya dia menyatakan bahawa saya hanya bermimpi sahaja.

    BalasPadam
  35. Pengalaman yang Tidak Pernah Saya Lupakan
    Setiap orang pasti memiliki pengalaman yang sangat berkesan dan sulit untuk dilupakan. Bagi saya, pengalaman yang tidak pernah saya lupakan adalah ketika saya mengikuti kegiatan kemah di alam terbuka bersama teman-teman sekolah.
    Saat itu, kami pergi ke sebuah hutan yang cukup jauh dari kota. Saya merasa sangat antusias sekaligus gugup karena ini adalah pengalaman pertama saya tidur di tenda dan hidup tanpa fasilitas modern. Kami tiba di lokasi sekitar sore hari, kemudian kami bersama-sama mendirikan tenda dan menyiapkan peralatan untuk memasak.
    Malam harinya, kami duduk mengelilingi api unggun, bercerita, dan bernyanyi bersama. Suasana sangat hangat dan penuh keakraban. Namun, tiba-tiba hujan deras turun dengan sangat cepat, membuat tenda kami hampir roboh dan peralatan kami basah semua. Meskipun begitu, kami tetap saling membantu dan berusaha membuat suasana menjadi menyenangkan.
    Pengalaman itu mengajarkan saya banyak hal, seperti pentingnya kerjasama, kesabaran, dan keberanian menghadapi situasi yang tidak terduga. Selain itu, saya jadi lebih menghargai keindahan alam dan betapa berharganya persahabatan yang terjalin di sana.
    Sejak saat itu, saya selalu mengenang momen-momen tersebut sebagai pengalaman yang tak terlupakan dalam hidup saya.


    DARI HIBRI

    BalasPadam
  36. SUATU PENGALAMAN YANG TIDAK AKAN SAYA LUPAKAN



    Pada tahun yang lepas,sekolah kami telah mengadakan rombongan ke UKM.Saya dan rakan-rakan saya turut berserta rombongan tersebut.Kami bertolak pada waktu pagi,kami bertolak dengan menaiki bas.
    Ketika berada di dalam bas,saya dan seorang kawan bermain game sambil berborak tentang apa yang kami akan lakukan di UKM.Selepas 2 jam,kami singgah di kedai makan untuk makan tengah hari.Di kedai tersebut,kami menikmati nasi ayam dan air yang kami sudah pilih.
    Selepas makan tengah hari,kami meneruskan perjalanan kami ke UKM.Setelah sampai ke destinasi kami,kami bersuka ria melihat suasana di UKM.Pelajar-pelajar dan guru-guru di UKM sangat lah ramah.Guru-guru di sana juga telah menolong kami mengemaskan barang-barang kami ke bilik.
    Setelah kami mengemas barang kami,kami semua keluar untuk pergi ke PETROSAINS.Di sana kami dapat menaiki gelongsor,membaiki mesin dan memakan ais krim.Setelah 3 jam di PETROSAINS,kami semua balik ke UKM untuk berehat.
    Apabila kami tiba di UKM,kami semua mandi,makan dan berborak.Apabila sudah pukul 1 pagi,saya terdengar suara seseorang mengetuk pintu bilik kami,saya pandang rakan-rakan saya dan sedar bahawa mereka sudah tidur.Saya beranikan diri dan membuka pintu,apabila saya membuka pintu..tiada siapa pun berada di pintu tersebut.
    Pada keesokkan hari,saya memilih untuk diamkan diri dan tidak memberitahu sesiapa pun hingga ke hari ini.

    NUR AFINA ALISA BINTI MOHAMMAD FAIZAL

    BalasPadam
  37. Suatu pengalaman yang tidak dapat di lupakan Hafiz


    Pada suatu petang yang cerah, saya berpeluang bermain bola tampar bersama rakan-rakan di Universiti Melaka (UNIMEL).

    Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah mengeratkan hubungan kami sebagai pelajar yang datang dari pelbagai negeri.

    Kami berkumpul di gelanggang bola tampar sebaik sahaja tamat kuliah.

    Setiap pemain dibahagikan kepada dua kumpulan, dan perlawanan persahabatan pun bermula. Sorakan dan gelak ketawa mewarnai suasana petang itu. Saya bermain di posisi penyerang dan berjaya melakukan beberapa 'spike' yang mendapat pujian daripada jurulatih.

    Selain memberi manfaat dari segi kecergasan fizikal, permainan ini juga mengajar saya nilai kerjasama, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi.

    Pengalaman bermain bola tampar di UNIMEL merupakan kenangan yang amat bermakna buat saya. Aktiviti seperti ini bukan sahaja mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah, malah memupuk semangat perpaduan dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar

    (130 patah perkataan)

    BalasPadam
  38. Suatu Pengalaman Tidak Dapat Saya Lupakan
    Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah berpeluang mengunjungi pesta buku yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Kunjungan itu merupakan pengalaman yang amat bermakna dan tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini. Saya ke sana bersama ibu bapa dan adik saya dengan menaiki kereta seawal jam 8 pagi.
    Sebaik sahaja tiba, saya kagum melihat lautan manusia yang turut hadir. Dewan pameran dipenuhi dengan pelbagai gerai buku daripada syarikat penerbitan yang terkenal seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Karangkraf, PTS, dan banyak lagi. Suasana begitu meriah dan penuh warna-warni dengan sepanduk, poster dan pelbagai promosi menarik.
    Saya begitu teruja apabila melihat buku-buku yang selama ini saya impikan akhirnya berada di depan mata. Ada novel remaja, buku motivasi, ensiklopedia, buku rujukan, dan komik. Saya membeli beberapa buah buku kegemaran saya seperti novel-novel karya penulis terkenal dan buku rujukan untuk persediaan peperiksaan.
    Apa yang paling menggembirakan saya ialah peluang untuk bertemu dengan penulis kegemaran saya, iaitu Tuan Haji Faisal Tehrani. Beliau hadir untuk sesi tandatangan buku dan saya berpeluang berjabat tangan serta berbual dengannya secara ringkas. Kata-kata nasihat beliau tentang kepentingan membaca sangat memberi inspirasi kepada saya untuk terus mencintai ilmu.
    Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, ceramah motivasi, dan pelancaran buku baharu. Saya juga berpeluang menyertai satu kuiz tentang ilmu am dan berjaya memenangi hadiah saguhati.
    Walaupun kaki saya penat berjalan seharian di pesta buku itu, namun hati saya sangat gembira. Saya pulang dengan senyuman lebar dan beg plastik yang penuh dengan buku-buku baru. Pengalaman ini sangat berharga kerana ia bukan sahaja menambah ilmu saya, malah mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana kami meluangkan masa bersama-sama.
    Kesimpulannya, pengalaman menghadiri pesta buku ini merupakan sesuatu yang tidak dapat saya lupakan. Ia membuka mata saya tentang betapa luasnya dunia ilmu dan betapa pentingnya budaya membaca. Saya berharap dapat mengunjungi pesta buku seperti ini lagi pada masa hadapan.
    Nurussyifaa aimy binti mohd Harris Mustakim

    BalasPadam
  39. Saudara Teknologi

    Kelab Sains dan Teknologi.
    SK Seri Permai,
    31200 Ipoh,
    PERAK DARUL RIDZUAN


    Pengerusi,
    Kelab Sains dan Teknologi,
    SK Lembah Sirih,
    31200 Ipoh.
    PERAK DARUL RIDZUAN. 18 JULAI 2025

    Tuan,

    Undangan Menyertai Pameran Hari Sains dan Teknologi.

    Merujuk perkara di atas, pihak kelab sains dan teknologi SK Seri Permai ingin mengundang Kelab Sains dan Teklogi sekolah tuan untuk menyertai pameran Hari Sains dan Teknologi yang akan diadakan di sekolah kami.

    2. Tujuan penganjuran Hari Sains dan Teknologi adalah untuk.....

    3.Tujuan penganjuran Hari Sains dan Tenologi untuk meningkatkan ilmu pengetahuan murid-murid
    tentang sains dan teknologi.

    4.Selain itu, penganjuran ini juga dapat- memupuk minat dan kreativiti murid-murid.

    Kami berharap semoga undangan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Atas kerjasama dan perhatian tuan, kami dahulukan ucapan terima kasih.

    Sekian,

    Yang benar,
    Qatrina
    (Nur Qatrina Damia Binti Muhammad Khairy)
    Setiausaha,
    Kelab Sains dan Teknologi,
    SK Seri Permai.

    BalasPadam
  40. Saudara Teknologi

    Kelab Sains dan Teknologi.
    SK Seri Permai,
    31200 Ipoh,
    PERAK DARUL RIDZUAN


    Pengerusi,
    Kelab Sains dan Teknologi,
    SK Lembah Sirih,
    31200 Ipoh.
    PERAK DARUL RIDZUAN. 18 JULAI 2025

    Tuan,

    Undangan Menyertai Pameran Hari Sains dan Teknologi.

    Merujuk perkara di atas, pihak kelab sains dan teknologi SK Seri Permai ingin mengundang Kelab Sains dan Teklogi sekolah tuan untuk menyertai pameran Hari Sains dan Teknologi yang akan diadakan di sekolah kami.

    2. Tujuan penganjuran Hari Sains dan Teknologi adalah untuk.....

    3.Tujuan penganjuran Hari Sains dan Tenologi untuk meningkatkan ilmu pengetahuan murid-murid
    tentang sains dan teknologi.

    4.Selain itu, penganjuran ini juga dapat- memupuk minat dan kreativiti murid-murid.

    Kami berharap semoga undangan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Atas kerjasama dan perhatian tuan, kami dahulukan ucapan terima kasih.

    Sekian,

    Yang benar,
    Syifaa
    (Nurussyifaa aimy binti Mohd Harris Mustakim)
    Setiausaha,
    Kelab Sains dan Teknologi,
    SK Seri Permai.

    BalasPadam
  41. Rabu 3 September 2025


    Kelab Sains dan Teknologi,
    SK Seri Permai,
    31200 Ipoh,
    PERAK DARUL RIDZUAN.
    ________________________________________________________________________________

    Pengerusi,
    Kelab Sains dan Teknologi,
    SK Lembah Sirih,
    31200 Ipoh,
    PERAK DARUL RIDZUAN.

    Tuan,
    Undangan Menyertai Pameran Hari Sains dan Teknologi

    Merujuk perkara di atas,pihak Kelab Sains dan Teknologi SK Seri Permai ingin mengundang Kelab Sains dan Teknologi sekolah tuan untuk menyertai pameran Hari Sains dan Teknologi yang akan diadakan di sekolah kami.

    2.Tujuan penganjuran Hari Sains dan Teknologi adalah untuk meningkatkan ilmu pengatuhan murid-murid tentang sains dan teknologi.Selain itu,penganjuran ini juga dapat memupuk minat dan kreativiti murid-murid.

    3.Sekolah yang terpilih ialah SK Seri Indah,SK Lembah Sirih dan SK Tok Rimau.

    4.Semua sekolah di atas memegang johanan peringkat negeri,peringkat kebangsaan dan peringkat daerah.

    Kami berharap semoga undangan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan.Atas kerjasama dan perhatian tuan,kami dahulukan ucapan terima kasih.

    Sekian,
    Yang benar,

    Afina

    (Nur Afina Alisa Binti Mohammad Faizal)
    Setiausaha,
    Kelab Sains dan Teknologi,
    SK Seri Permai.

    BalasPadam
  42. Saudara Teknologi

    kelap sains dan teknologi,
    SK Seri Permai,
    31200 Ipoh,
    PERAK DARUL RIDZUAN


    pengerusi,
    kelap sains dan teknologi,
    SK Lembang Sirih,
    31200 Ipoh,
    PERAK DARUL RIDZUAN

    Tuan,

    Undangan Mengertai Pertandingan Hari Sains dan Teknologi

    Merujuk perkara di atas,pihak Kelab Sains dan Teknolongi SK Seri Permai ingin mengundang Kelab Sains dan Teknologi sekolah tuan untuk menyertai pameran Hari Sains dan TeknolongI yang akan diadakan di sekolah kami.


    2.Tujuan penganjuran hari Sains dan Teknologi adalah untuk....
    3.Tujuan penganjuran Hari Sains dan Teknologi untuk meningkatkan ilmu pengetahuan
    murid-murid tentang Sains dan Teknologi.
    4.Penganjuran ini juga dapat memupuk minat dan kreativiti murid-murid


    Kami berharap semoga undangan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan.Atas kerjasama dan perhatian tuan,kami dahulukan ucapan terima kasih

    Sekian.


    Yang benar,
    Puteri
    (Puteri Nor Aishah)
    Setiausaha,
    Kelab Sains dan Teknologi,
    SK Seri Permai.

    BalasPadam
  43. Rabu 3 September2025


    Kelab Sains danTeknologi,
    SK Seri Permai,
    31200 Ipoh,
    PERAK DARUL RIDZUAN.
    ________________________________________________________________________________

    Pengerusi,
    Kelab Sains dan Teknologi,
    SK Lembah Sirih,
    31200 Ipoh,
    PERAK DARUL RIDZUAN. 18 JULAI 2025

    Tuan,

    Undangan Menyertai Pameran Hari Sains dan Teknologi

    Merujuk perkara di atas, pihak Kelab Sains dan Teknologi SK Seri Permai
    ingin mengundang Kelab Sains dan Teknologi sekolah tuan untuk menyertai
    pameran Hari Sains dan Teknologi yang akan diadakan di sekolah kami.

    2. Tujuan penganjuran Hari Sainsdan Teknologi adalah untuk belajar
    3.Supaya dapat ilmu pengetahuan
    4.Dapat kawan baru

    Kami berharap semoga undangan ini akan mendapat pertimbangkan yang
    sewajarnya daripada pihak tuan. Atas kerjasama dan perhatian tuan, kami
    dahulukan ucapan terima kasih.

    Sekian

    Yang benar,
    Qaseh
    (QASEH INKA DHANIA BINTI FAIZUL IZWAN)
    Setiausaha,
    Kelab Sains dan Teknologi,
    SK Seri Permai.

    BalasPadam
  44. Kelab Sains dan Teknologi,
    SKSeri Permai,
    31200 Ipoh,
    PERAK DARUL RIDZUAN.
    ________________________________________________________________________________

    Pengerusi,
    Kelab Sains dan Teknologi,
    SK Lembah Sirih,
    31200 Ipoh,
    PERAK DARUL RIDZUAN. 18 JULAI 2025.

    Tuan ,
    Undangan Menyertai Pameran Hari Sains dan Teknologi
    Merujuk perkara di atas, pihak Kelab Sains dan Teknologi SK Seri Permai ingin mengundang Kelab Sains dan Teknologi yang akan diadakan di sekolah kami.

    2. Tujuan penganjuran Hari Sains dan Teknologi adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan murid-murid tentang sains dan teknologi.Selain itu,penganjuran ini juga dapat memupuk minat dan kreativiti murid-murid.

    3.Sekolah yang terpilih ialah SK Seri Permai, SK Lembah Indah dan SK Tok Rimau.

    4.Setiap sekolah memegang pameran yang akan diadakan.

    Kami berharap semoga undangan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Atas kerjasama dan dan perhatian tuan, kami dahulukan ucapan terima kasih.

    Sekian.

    Yang benar,
    amira
    (AMIRA ZULAIKHA BINTI MUHAMMAD ZAKI)
    setiausaha,
    Kelab Sains dan Teknologi,
    SK Seri Permai.

    BalasPadam
  45. Kelab Sains dan Teknologi,
    SKSeri Permai,
    31200 Ipoh,
    PERAK DARUL RIDZUAN.
    ________________________________________________________________________________

    Pengerusi,
    Kelab Sains dan Teknologi,
    SK Lembah Sirih,
    31200 Ipoh,
    PERAK DARUL RIDZUAN. 18 JULAI 2025.

    Tuan ,
    Undangan Menyertai Pameran Hari Sains dan Teknologi
    Merujuk perkara di atas, pihak Kelab Sains dan Teknologi SK Seri Permai ingin mengundang Kelab Sains dan Teknologi yang akan diadakan di sekolah kami.

    2. Tujuan penganjuran Hari Sains dan Teknologi adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan murid-murid tentang sains dan teknologi.Selain itu,penganjuran ini juga dapat memupuk minat dan kreativiti murid-murid.

    3.Sekolah yang terpilih ialah SK Seri Permai, SK Lembah Indah dan SK Tok Rimau.

    4.Setiap sekolah memegang pameran yang akan diadakan.

    Kami berharap semoga undangan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Atas kerjasama dan dan perhatian tuan, kami dahulukan ucapan terima kasih.

    Sekian.

    Yang benar,
    Auni
    (Nurul Auni Binti Rosmadi)
    setiausaha,
    Kelab Sains dan Teknologi,
    SK Seri Permai.

    BalasPadam
  46. 25
    Rabu Saudara Teknologi 3.9.20
    Kelab Sains dan Teknologi,
    SK Seri Permai,
    31200 Ipoh,
    PERAK DARUL RIDZUAN.


    Pengerusi,
    Kelab Sains dan Teknologi,
    SK Lembah Sirih,
    31200 Ipoh, 18 JULAI 2025
    PERAK DARUL RIDZUAN.

    Tuan,

    Undangan Menyertai Pameran Hari Sains dan Teknologi


    Merujuk perkara di atas,pihak Kelab Sains dan Teknologi SK Seri Permai ingin mengundang Kelab Sains dan Teknologi sekolah tuan untuk menyertai pameran Hari Sains dan Teknologi yang akan diadakan di sekolah kami.


    2.Tujuan penganjuran Hari Sains dan Teknologi adalah untuk memupuk semangat berpasukan

    3.Tujuan penganjuran Hari Sains dan Teknologi untuk meningkatkan ilmu pengetahuan murid-murid tentang sains dan teknologi.

    4.Selain itu,penganjuran ini juga dapat memupuk minat dan kreativiti murid-murid.

    Kami berharap semoga undangan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihaktuan.Atas kerjasama dan perhatian tuan,kami dahulukan ucapan terima kasih.

    Sekian.

    Yang benar,
    Amanda
    (AMANDA RIHANNA BINTI ABDUL RAHMAN)
    Setiausaha,
    Kelab Sains dan Teknologi,
    SK Seri Permai.

    BalasPadam