21 September 2010

AKU SEBUAH BUKU

Aku ialah sebuah buku. Namaku buku Bahasa Malaysia Tahun Tiga.

Aku dibuat dan dicetak di sebuah kilang di Melaka. Aku dibuat daripada kertas.

Aku dibawa menaiki van ke Kuala Lumpur. Aku diletakkan di sebuah kedai buku di sana.

Pada suatu hari, aku telah dibeli oleh seorang budak. Namanya ialah Mohd. Fiqri.

Aku digunakan dengan baik. Aku digunakan sebagai bahan bacaan.

Telah setahun aku berkhidmat kepada tuanku. Tuan aku membeli buku yang baru.

Namun, aku telah digunakan oleh adiknya. Begitulah nasibku sebagai sebuah buku.

LAPORAN SUKAN TAHUNAN

Pada hari Sabtu bersamaan 20 Februari 2010 yang lalu, SK Sungai Tuang telah mengadakan sukan tahunan. Sukan tahunan ini telah diadakan di padang sekolah. Semua murid tidak ketinggalan untuk menyertai sukan tahunan yang amat menyeronokkan itu.

Semasa pagi itu, acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat. Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh rumah sukan seperti Kuning, Merah, Hijau dan Biru. Seterusnya, ucapan perasmian sukan tahunan oleh Puan Hajjah Fuziah binti Mahmood iaitu Guru Besar SK Sungai Tuang.

Selepas ucapan perasmian, diteruskan dengan sukaneka tahap 1 seperti lari bawa bendera dan acara tahap 2 seperti lumba lari. Semua peserta berusaha bersungguh-sungguh untuk menang sukan tahunan kali ini. Acara untuk ibu bapa juga telah diadakan.

Para peserta, olahragawan dan olahragawati telah mendapat hadiah dan semua rumah sukan menanti keputusan rumah sukan yang menjadi johan sukan tahunan pada tahun ini. Tiba pada masanya, Rumah Kuning telah dinobat sebagai juara sukan tahunan pada kali ini.

Setelah seharian bersukan, para peserta tidak penat dan sedih malah mereka berasa gembira kerana memenangi pada acara sukan semasa hari tersebut.

Disediakan oleh,                                                                                                   25 Februari 2010.

Mariam Husin

(MARIAM BINTI HUSIN)
Setiausaha Hari Sukan,
SK Sungai Tuang.

NILAI MURNI - BAHAGIAN C

Kita mestilah taat kepada suruhan Tuhan agar menjadi insan yang beriman. Selain itu, kita hendaklah tekun belajar supaya menjadi orang yang berjaya. Kita hendaklah berdisplin dengan bangun pada awal pagi. Di samping itu, kita mestilah hormat akan ibu bapa yang menjaga kita sejak kecil. Kita juga haruslah bijak memilih rakan supaya tidak mendapat kesusahan. Akhir sekali, kita mestilah jujur agar menjadi orang yang berguna dalam kehidupan.

Burung Kenek-kenek

Burung kenek-kenek,
Hinggap di atas dahan;
Pesan datuk nenek,
Patuh perintah Tuhan.

Burung kenek-kenek,
Hinggap di atas pagar;
Pesan datuk nenek,
Rajin-rajinlah belajar.

Burung kenek-kenek,
Hinggap tepi perigi;
Pesan datuk nenek,
Bangunlah pagi-pagi.

Burung kenek-kenek,
Hinggap di pohon kelapa;
Pesan datuk nenek,
Patuhilah ibu bapa.

Burung kenek-kenek,
Terbang tinggi di awan;
Pesan datuk nenek,
Pandai-pandailah cari kawan.

Burung kenek-kenek,
Hinggap di pohon sena;
Pesan datuk nenek,
Jadi orang berguna.

AKU SEBUAH BUKU

Aku sebuah buku rujukan. Aku diperbuat daripada kertas. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Kuala Lumpur. Di sana, aku menemui banyak rakan. Setelah beberapa lama dilahirkan, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Selepas itu aku dimasukkan ke dalam sebuah van.

Aku dibawa ke segenap ceruk rantau Malaysia. Tidak lama kemudian, aku dibawa ke sebuah kedai buku. Di sana, aku menemui rakanku semula. Aku disusun rapi di atas sebuah rak buku di kedai buku itu.

Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan datang ke kedai buku itu. Dia melihat aku dari pintu kedai itu lalu mendekati aku. Dia membelek-belek tubuhku. Begitu juga dengan rakan-rakanku. Akhirnya,dia membeli aku. Aku diletakkan didalam plastik dan dibawa pulang.

Sampai sahaja di rumah, tuanku terus membalut kulitku menggunakan pembalut buku. Kemudian, dia membacaku. Aku pun menunjukkan kebolehanku dengan memberinya pengetahuan yang dalam. Dia benar-benar berpuas hati setelah membacaku.

Pada keesokan harinya, aku dibawa ke sekolah tuanku. Aku ditunjukkan kepada rakan-rakannya. Dia berasa sangat bertuah kerana memilikku. Aku selalu digunakan oleh tuanku untuk membuat rujukan.

Semakin lama khidmatku tidak perlukan lagi kerana tuanku sudah mempunyai komputer. Di dalam komputer itu pula mengandungi internet yang memberi banyak maklumat terhadap tuanku. Aku sudah tidak diperlukan lagi oleh tuanku. Aku diletakkan di dalam sebuah almari buku dan tuanku tidak membacaku lagi.

20 September 2010

BM Kertas Penulisan UPSR 2010

Bahagian A - Padang Sekolah / Bilik Khas / Rumah / Khemah / Sukan

- memasang/mendirikan khemah – untuk bermalam / tidur
- memasak makanan – hidangan makan malam
- menjerang air – dengan menggunakan cerek dan dimasak menggunakan kayu api
- mendengar taklimat daripada guru penasihat unit beruniform – tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan
- belajar ikatan dan simpulan tali – untuk mendapat kemahiran yang berguna dalam kehidupan


Bahagian B - Faedah Kokurikulum / Membawa Bekal / Faedah Menabung / Hari Guru / Hari Anugerah Kecemerlangan

- mengisi masa lapang – ikut peraturan – hadir mengikut jadual yang ditetapkan
- dapat pengetahuan baru – dapat digunakan dalam pelajaran di kelas – membentuk diri dengan sifat berani
- mendapat rakan baru – bertukar-tukar fikiran – ada teman untuk bercerita / belajar – boleh membantu dalam pelajaran
- elak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah – terjebak dengan gejala sosial yang tidak baik – melepak, menghisap rokok, mencuri
- membentuk disiplin diri – dalam unit beruniform – melalui aktiviti kawad kaki


Bahagian C - Nilai Berita / Laporan / Fakta / Sajak

- baik hati
- jujur
- prihatin / peka
- bertanggungjawab
- semangat setiakawan
- ikhlas
- berani
- menjaga kebersihan
- menjaga kesihatan
- bersemangat patriotisme
- tolong-menolong / bantu-membantu
- sabar / tabah
- cermat
- berhati-hati
- berdisiplin
- menghargai masa
-menghargai jasa – berterima kasih


**********************************************************************************

BAHAGIAN B (contoh karangan)

Faedah-faedah Menabung

Menabung merupakan amalan yang harus dipupuk sejak kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biar daripada rebungnya. Pelbagai faedah dapat diperoleh daripada amalan menabung.

Amalan menabung dapat membentuk diri menjadi insan yang berjimat-cermat. Kita akan sentiasa berhati-hati sewaktu membeli barang. Kita dapat membezakan antara barang yang perlu dan barang yang diinginkan.

Selain itu, amalan menabung dapat membantu kita sewaktu diperlukan. Wang tabungan dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kita tidak perlu meminjam kerana perkara tersebut tidak harus diamalkan.

Amalan menabung juga dapat meringankan bebanan kewangan ibu bapa. Kita tidak perlu mengharapkan wang ibu bapa. Wang tabungan kita boleh digunakan untuk membeli buku rujukan atau alat tulis. Kita sebenarnya dapat meringankan bebanan kewangan ibu bapa dan menjadi anak yang lebih bertanggungjawab.

Di samping itu, wang tabungan dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran. Sekiranya kita memerlukan wang untuk membayar yuran dan peralatan yang diperlukan,kita boleh menggunakan wang tabungan. Kita sebenarnya telah merancang kewangan dengan baik.

Kesimpulannya, amalan menabung harus diamalkan oleh semua orang. Amalan menabung dapat membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih berkualiti.


**********************************************************************************

Latihan Membina Ayat

Bahagian A - Bina ayat yang menggunakan kata hubung (dan / sebab / supaya / agar / manakala / untuk)


1. mendirikan khemah

______________________________________________________________________________________________________________________

1. mendengar taklimat

______________________________________________________________________________________________________________________



Bahagian B

# tip – Setiap perenggan isi mesti ada tiga ayat dan jangan ulangi semula isi yang sama atau yang sudah ditulis.


1. isi – mendapat ilmu pengetahun baru
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. isi - mendapat rakan baru
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Bahagian C - (dengan / supaya / agar)

1. jujur
___________________________________________________________
2. menghargai jasa
___________________________________________________________

04 September 2010

DOAKAN KEJAYAAN KAMI

SERAMAI 32 MURID SK SUNGAI TUANG YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2010.
INILAH WAJAH-WAJAH CERIA BAKAL CALON-CALON UPSR YANG AKAN MEMBAWA KEJAYAAN YANG CEMERLANG PADA TAHUN INI. INSYAALAH...










03 September 2010

SAJAK KEMERDEKAAN

WAHAI TEMAN,
AYUH CURAHKAN KESETIAAN,
AYUH CURAHKAN KASIH SAYANG,
AYUH TERAPKAN PATRIOTISIME.

WAHAI KAWAN-KAWAN,
BERSAMA-SAMA MENGAPAI KECEMERLANGAN,
MENJADIKAN TANAH PUSAKA KITA TERBILANG,
INILAH TANAH PUSAKA KITA,
KEDAULATANNYA PERTAHANKAN SENTIASA.


Nukilan : Nor Syazlin & Aryanee Anessa (Tahun 5 Efektif)

01 September 2010

PIDATO : KEMERDEKAAN

Yang berusaha tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, para guru dan warga sekolah sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tajuk pidato saya pada hari ini ialah “Kemerdekaan”.

Para hadirin sekalian,

Negara kita telah merdeka sejak tahun 1957. Kini pada tahun 2010, negara kita telah menyambut sambutan hari kemerdekaan bagi kali yang ke-53. Berkat dan usaha negarawan kita yang banyak berjasa itulah yang harus kita sanjungi. Rakyat Malaysia haruslah bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan negara. Kita mesti sanggup berbuat apa sahaja untuk negara sehingga ke titiisan darah yang terakhir.

Selain itu, negara kita maju dalam pelbagai bidang seperti perindustrian,pertanian dan perhubungan. Ini jugalah yang menarik perhatian penjajah untuk menjajah negara kita. Kita juga harus memupuk rrasa cinta dan bertuah kerana dapat tinggal di negara yang aman dan berdaulat ini.

Hadirin sekalian,

Rakyat Malaysia juga mesti hidup harmoni, bersatu-padu dan memupuk semangat muhibah di dalam diri. Kedatangan penjajah ke negara kitalah yang menyebabkan rakyatnya berpecah-belah. Hal ini demikian yang menyebabkan negara kita dijajah oleh kuasa luar.

Sebagai rakyat yang patuh akan Rukun Negara, kita hendaklah bersama-sama berganding bahu membangunkan negara daripada dijajah kembali. Dengan cara yang berikut jugalah akan memupuk semangat cinta akan negara di kalangan penduduk berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi.

Hadirin yang dihormati,

Kesimpulannya, negara kita akan terus makmur jika kita hidup aman harmoni. Kita hendaklah terus menyayangi akan negara kita selari dengan tema hari kemerdekaan pada tahun ini iaitu “1 Malaysia Menjana Transformasi”.

Sekian, terima kasih. 

Nukilan, NURIZZAH BT NOR AZIMI Tahun 5, SK Sungai Tuang.