30 April 2020

SEJARAH TAHUN 6 - 30 APRIL 2020 (KHAMIS)

1. Salin peta pemikiran di bawah ini dalam buku tulis Sejarah.





2. Penilaian - Sila jawab latihan Buku Teks Sejarah Tahun 6 pada muka surat 63 dan 64 dalam buku tulis Sejarah.


Harap siapkan tugasan pada hari ini dan hantar apabila sekolah dibuka kelak.



#covid-19
#dudukrumah
#kitajagakita




BM TAHUN 6 - 30 APRIL 2020 (KHAMIS)

Sila jawab semua tugasan di bawah.

1. Praktis Pemahaman UPSR 2
 
   Klik link - Praktis Pemahaman UPSR 2

  (Selepas menjawab sila nyatakan markah yang diperoleh.)


2. Sila tonton video di bawah dan tuliskan maksud setiap peribahasa tersebut dalam buku tulis Pemahaman.



Selamat menjawab dan hantar tugasan ini selepas sekolah dibuka kelak.

#kitajagakita



27 April 2020

BM TAHUN 6 - 27 APRIL 2020 (ISNIN)

Sila baca dengan teliti dan buat tugasan di bawah dalam buku penulisan C.



Karangan Jenis Catatan Harian


Sabtu, 11 Januari 2020

7.30 pagi

Semua peserta aktiviti 1)________________ anjuran Persatuan Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Bandar Putra 2)_______________ diri.  Kami berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar 3)__________ yang disampaikan oleh Cikgu Azlan. Kami 4)____________ kepada beberapa kumpulan mengikut tugasan masing-masing.  Sebelum aktiviti bermula, kami diberikan 5)_____________ seperti penyapu, berus cat, alat penyiram dan sebagainya.


8.00 pagi

Aktiviti gotong-royong bermula.  Kami bersama guru-guru Persatuan Alam Sekitar 6)_____________ kawasan kantin.  Ada murid yang 7)____________ untuk menyapu sampah dan 8)__________ lantai di ruang 9)_____________ murid.  Ada juga yang mencuci longkang di kawasan kantin sehingga 10)______________.


10.00 pagi

Kami 11)__________ sebentar sambil menikmati 12)___________ nasi lemak dan air sirap. Hidangan tersebut adalah 13)______________ daripada pihak pengusaha kantin.  Kami berasa 14)___________ dan tidak sabar untuk melihat kawasan kantin sekolah yang 15)____________ baharu. 


10.30 pagi

Kami 16)___________ semula aktiviti gotong-royong.  Beberapa orang masih 17)________________ membersihkan kawasan persekitaran kantin.  Ada murid-murid yang 18)____________ dan menyiram pokok bunga.  Ada pula yang mengangkat 19)___________________ dengan menggunakan troli.  Mereka saling 20)_____________ dan bantu-membantu bagai aur dengan tebing.


11.00 pagi

Guru-guru Persatuan Alam Sekitar membuat 21)_____________ bagi memastikan semua tugasan 22)____________ dengan baik.  Murid-murid meneruskan tugasan dengan mengecat 23)___________ kantin dan 24)_____________ kerusi dan meja.  Mereka kelihatan bersungguh-sungguh untuk 25)______________ kantin sekolah kami. 


12.00 tengah hari

Kami 26)____________ semula di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat penutup yang disampaikan oleh Guru Besar.  Beliau 27)______________ terima kasih kepada murid-murid dan 28)____________ yang terlibat.  Setelah semua alatan dikumpulkan, kami 29)_____________ pulang ke rumah masing-masing.  Kami berasa sangat 30)____________ kerana kantin sekolah kami telah bersih dan cantik.



Tugasan anda :


1. Baca karangan jenis catatan di atas dan buat analisis format karangan tersebut dengan melengkapkan jadual di bawah.



2. Salin semula karangan di atas dan lengkapkan karangan tersebut dengan pilihan jawapan di bawah dengan betul.

Perenggan 1
-      taklimat
-      gotong-royong
-      peralatan
-      mendaftarkan
-      dibahagikan

Perenggan 2
-      bersih
-      makan
-      membersihkan
-      mencuci
-      ditugaskan

Perenggan 3
-      teruja
-      berwajah
-      berehat
-      sumbangan
-      hidangan

Perenggan 4
-      bertungkus-lumus
-      bekerjasama
-      sampah-sarap
-      menanam
-      menyambung


Perenggan 5
-      menyusun
-      dinding
-      menceriakan
-      pemantauan
-      dilakukan

Perenggan 6
-      guru-guru
-      gembira
-      berkumpul
-      mengucapkan
-      dibenarkan


Selamat menjawab dan hantar tugasan yang sudah siap itu setelah sekolah dibuka kelak.


#kitajagakita



23 April 2020

BM DAN SEJARAH TAHUN 6 - 23 APRIL 2020 (KHAMIS)

Aktiviti pada hari ini memberi laluan kepada Program Jom Baca Bersama yang dilancarkan serentak di seluruh negara dan JPM Melaka pada hari ini.


Semua murid diminta mengikuti program secara maya tersebut berdasarkan ketetapan di bawah:


Mohon maklumkan kepada rakan-rakan guru, ibu bapa dan murid untuk membuka fb-live Teknologi Pendidikan Melaka bagi Program Jom Baca Peringkat JPM untuk mendengar amanat Pengarah Pendidikan JPM dan Exco Pendidikan pada:

23 April 2020 ( Khamis)
Jam 10.00 pagi - 11.10 pagi

10.00 pagi Montaj Jom Baca
10.30 pagi Ucapan Pengaca Majlis
10.33 pagi Bacaan Doa
10.35 pagi Ucapan Alu-aluan Pengarah JPM
10.45 pagi Ucapan Perasmian Pelancaran Jom Baca
11.00 pagi Montaj perasmian dan mula membaca 10 minit
11.10 pagi Tamat

Harap disebarkan kepada semua warga pendidik dan semua dapat menjayakannya.

Pada kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali dan selamat menyambut bulan Ramadan tahun 1441 Hijrah pada hari esok. Semoga ibadah puasa pada tahun ini dapat dilakukan dengan istiqomah.  Aamiin.


Salam Ramadan.

#kitajagakita



19 April 2020

BM TAHUN 6 - 20 APRIL 2020 (ISNIN)

Sila jawab semua tugasan di bawah.

1. Praktis Pemahaman UPSR 1
   
   Klik link - Praktis Pemahaman UPSR 1

  (Selepas menjawab sila nyatakan markah yang diperoleh.)


2. Latihan menulis jawapan pemahaman.
    Rujuk Buku Teks Bahasa Melayu pada muka surat 68 dan jawab latihan Pemulihan sahaja    (empat soalan) dengan lengkap. Sila buat tugasan dalam buku tulis Pemahaman.


3. Latihan menulis tatabahasa - Kata Hubung
    Rujuk Buku Teks Bahasa Melayu pada muka surat 102 dan tulis tujuh ayat yang berwarna sahaja dengan menggabungkan ayat menggunakan kata hubung.  Sila buat tugasan dalam buku tulis Tatabahasa.


Selamat menjawab dan hantar tugasan yang sudah siap apabila sekolah dibuka kelak.


#covid19
#dudukrumah
#kitajagakita

   

16 April 2020

SEJARAH TAHUN 6 - 16 APRIL 2020 (KHAMIS)

1. Salin peta pemikiran di bawah ini dalam buku tulis Sejarah.




2. Rujuk Buku Teks Sejarah pada muka surat 62 dan jawab tugasan berikut dalam buku tulis Sejarah.


    Nyatakan kepentingan mematuhi peraturan sekolah kepada diri dan negara.

 Peraturan Sekolah 
 a. Datang awal ke sekolah.
 b.
 c.


Kepentingan Diri
a. Berdisiplin
b.
c.


Kepentingan Negara
a. Mematuhi undang-undang
b.
c.


Harap siapkan tugasan pada hari ini dan hantar apabila sekolah dibuka kelak.


cgujep







BM TAHUN 6 - 16 APRIL 2020 (KHAMIS)

Sila jawab tugasan di bawah.

1. Kuiz Pemahaman 1

    Klik link - KUIZ PEMAHAMAN 1


2. Latihan penulisan karangan jenis catatan harian.  Buat dengan format yang betul.
    Harap buat rujukan contoh format karangan dalam buku teks BM pada muka surat 4.
    Sila buat tugasan dalam buku Penulisan C.

   Rujuk idea peta pemikiran di bawah untuk membina karangan yang lengkap. 






Selamat menjawab dan hantar tugasan ini selepas sekolah dibuka kelak.


#kitajagakita

13 April 2020

BM TAHUN 6 - 13 APRIL 2020 (ISNIN)


Sila jawab dua tugasan di bawah.

1. Kuiz Tatabahasa 1

    Klik link - KUIZ TATABAHASA 1


2. Latihan penulisan karangan jenis cerita.
    Sila buat dalam buku penulisan C.
    Salin kata kunci BDBMASK di bawah dan tulis karangan yang lengkap.


Lawatan ke Zoo Negara    (BDBMASK)
b – hari Sabtu , 8.00 pagi
d – Zoo Negara, Kuala Lumpur
b – 40 murid dan 5 orang guru, anjuran Pusat Sumber Sekolah
m – menimba ilmu pengetahuan dan menambahkan pengalaman
a -1. Bertolak pukul 8.00 pagi, menaiki bas, menyanyi, melihat pemandangan alam sekitar
   -2. Tiba pukul 10.00 pagi, mendengar taklimat guru, membeli tiket masuk
   -3. Melihat haiwan dan serangga, contoh nama haiwan, persembahan
   -4. Perut lapar, makan tengah hari, kedai makan di zoo, berselera
   -5. Membeli cenderamata, kenang-kenangan, untuk ibu bapa dan adik-beradik
s – seorang rakan muntah kerana pening kepala
k – gembira dan seronok

Selamat menjawab dan hantar tugasan ini selepas sekolah dibuka kelak.

#kitajagakita