04 Mei 2016

Latihan Karangan Jenis Syarahan

Cara-cara Menjaga Kesihatan

Pendahuluan
  • kata-kata aluan
  • beri salam
  • tajuk syarahan
  • definisi kesihatan
Isi 1
  • makanan seimbang
  • kawal pemakanan
  • elak makanan berlemak
Isi 2
  • rajin melakukan senaman
  • apabila berpeluh, kotaran dalam badan keluar
  • badan sihat, otak cerdas
Isi 3
  • kebersihan anggota badan
  • menjaga kuku, rambut, gigi
  • menghindari pembiakan kuman
Isi 4
  • amalkan gaya hidup sihat
  • tidak merokok, minum arak
  • kurangkan gula dan makanan ringan

Penutup/kesimpulan
  • tempat tinggal bersih
  • elak serangga membiak
  • jadikan rumahku, syurgaku

KARANGAN JENIS SYARAHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Terima kasih tuan pengerusi majlis, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.  Pada hari ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk "Faedah-faedah Menabung".

Hadirin sekalian,

Menabung ertinya menyimpan baki wang perbelanjaan harian ada di dalam tabung atau bank. Menabung merupakan amalan yang harus dipupuk sejak kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biar daripada rebungnya.

Amalan menabung dapat membentuk diri menjadi insan yang berjimat-cermat. Kita akan sentiasa berhati-hati sewaktu membeli barang. Kita dapat membezakan antara barang yang perlu dan barang yang diinginkan.

Selain itu, amalan menabung dapat membantu kita pada waktu kecemasan, misalnya semasa kita keciciran wang.  Wang tabungan dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kita tidak perlu meminjam kerana perkara tersebut tidak harus diamalkan. 

Amalan menabung juga dapat meringankan bebanan kewangan ibu bapa. Kita tidak perlu mengharapkan wang ibu bapa. Wang tabungan kita boleh digunakan untuk membeli buku rujukan atau alat tulis. Kita sebenarnya dapat meringankan bebanan kewangan ibu bapa dan menjadi anak yang lebih bertanggungjawab. 

Di samping itu, wang tabungan dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran. Sekiranya kita memerlukan wang untuk membayar yuran dan peralatan yang diperlukan,kita boleh menggunakan wang tabungan. Kita sebenarnya telah merancang kewangan dengan baik. 

Kesimpulannya, amalan menabung harus diamalkan oleh semua orang. 
Pelbagai faedah dapat diperoleh daripada amalan menabung. Amalan menabung dapat membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih berkualiti.

Sekian, terima kasih.