24 Mac 2016

TMK

https://drive.google.com/folderview?id=0B2Z6mjWliC7gfmRZVmlQN0Z3clE3dWJxUFkwWUJHM0JURWViSk9EZkNUMFc5aDlOZVZtakU&usp=sharing&tid=0B2Z6mjWliC7gfkMwNWljTFRwM0R3V2dMUU4zdTNJeTh1dnpCVGJoR2liN3R5UElLcUtCWFU

Latihan Tatabahasa - Kata Hubung

Isi  tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Kamal menangis tersedu-sedu __________ dipukul oleh abangnya.
   A.     supaya                C. hingga
   B.    kerana                D. sementara

2 ________________ suaminya meninggal dunia, Puan Aini selalu bersedih.
   A.     sementara            C. semenjak
   B.    walaupun             D. sebab

3 Petani itu tekun membajak sawahnya dari pagi _____________ ke petang.
   A.     hingga
   B.    apakala
   C.    melainkan

4 ______________ demam, dia tidak dapat hadir ke sekolah pada petang ini.
   A.     Apabila                C. Oleh kerana
   B.    Walaupun            D. Sungguhpun

5 Penduduk kampung itu terpaksa bekerja bertungkus-lumus _____________ menyara keluarganya.
   A.     supaya
   B.    sebab
   C.    untuk                                     

6 Pak Karim berbual-bual kosong ___________ menunggu ketibaan para jemputan.
   A.     sambil                C,  sementara
   B.    manakala            D.  apakala

7 Kakinya calar-balar, ____________ matanya pula bengkak disengat tebuan.
   A.     manakala            C.  lalu
   B.    sambil                D.  dan

8 Badar terperanjat ___________ mendengar berita tentang kematian neneknya yang disayangi.
   A.    apabila
   B.    sambil 
   C.    jika

9 “Datanglah ke rumah saya _____________ ada kelapangan,”  kata Sidik.
   A.     kalau                
   B.    kecuali
   C.    setelah

10 Jutawan itu bukan sahaja sombong ___________ kedekut pula orangnya.
   A.    dan
   B.    tetapi
   C.    malahan
   D.    manakala

Nota Kata Hubung
Kata hubung ialah kata yang menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.

Kata Hubung Gabungan
Kata Hubung Pancangan
Kata Hubung Berpasangan
atau, dan, lalu, maka, tetapi, serta, kecuali, sambil, malahan, kemudian
agar, apabila, bahawa, jika, hingga, selama, kerana, kalau, sementara, ketika, walaupun, semoga, supaya
baik.....ataupun,   baik......baik,                  bukan saja.....bahkan juga, jangankan.....pun


Mengunjarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul serta bahasa badan yang kreatif

Sila hayati dialog dan bahasa badan dalam lakonan video pada alamat web di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=ujx9Sgo2DIk

Bincang dalam kumpulan untuk membuat lakonan tersebut.

LATIHAN KATA HUBUNG

Sila jawab 10 soalan latihan kata hubung pada alamat web di bawah:

http://mdfadilmin.blogspot.my/2012/09/soalan-kata-hubung.html

Tulis latihan tersebut di dalam buku tulis tatabahasa dengan lengkap.