AKU DAN ASTRONAUT
Sila tulis tugasan anda pada ruangan ulasan di bawah.
27 September 2011
12 September 2011
Sajak Sambutan Bulan Kemerdekaan
Latihan
Tulis sebuah sajak secara berpasangan dengan menggunakan perkataan dan prasa yag telah diberi pada ruangan ulasan di bawah.

06 September 2011
BAHAGIAN C – NILAI MURNI / PENGAJARAN / AMALAN BAIK
Baca petikan di bawah dan tulis ulasan anda dalam 50 patah perkataan.
Chun Li dan Mugilan menunggu bas untuk ke perpustakaan awam. Semasa di perhentian bas, mereka mendapati seorang budak lelaki membuang sampah di tepi perhentian bas. Mugilan menasihati budak itu supaya tidak membuang sampah di merata-rata tempat.
Apabila bas sampai, mereka beratur untuk menaiki bas. Mereka duduk di dalam bas dengan tertib. Dalam pertengahan jalan, seorang wanita yang mendukung anak menaiki bas tersebut.Dia terpaksa berdiri kerana tiada tempat duduk lagi. Apabila bas bergerak, wanita itu terhuyung-hayang.Chun Li terus berdiri lalu memberi tempat duduknya kepada wanita itu. Wanita tersebut mengucapkan terima kasih kepada Chun Li.
Apabila sampai ke perpustakaan, mereka pun turun bas dengan berhati-hati. Tanpa berlengah-lengah, mereka menuju ke perpustakaan untuk meminjam buku kegemaran mereka.
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

11 Julai 2011
ARNAB BERLUMBA DENGAN KURA-KURA
Pada suatu hari, arnab keluar bersiar-siar.
Arnab ternampak kura-kura. Kura-kura sedang merangkak perlahan-lahan.
Arnab segera pergi berjumpa kura-kura.
"Wahai kura-kura, mahukah engkau berlumba lari denganku?" arnab bertanya.
"Ya, baiklah! Aku bersetuju," jawab kura-kura.
"Satu, dua, tiga!" arnab membilang.
Perlumbaan pun bermula.
Arnab berlari kencang. Kura-kura merangkak perlahan.
Di pertengahan jalan, arnab berehat di bawah sebatang pokok. Kemudian, arnab tertidur.
Kura-kura terus merangkak. Akhirnya, kura-kura sampai di garisan penamat.
Arnab terjaga daripada tidurnya. Arnab terus berlari kencang. Tetapi kura-kura sudah berada di garisan penamat.
Arnab kalah dalam perlumbaan itu. Arnab berasa malu.
NILAI MURNI
Jangan sekali-kali memandang rendah terhadap orang yang lemah atau miskin. Setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing.

28 Jun 2011
HARI SUKAN TAHUNAN SK SUNGAI TUANG 2011
Pada minggu lepas, SK Sungai Tuang telah mengadakan Hari Sukan Tahunan. Hari sukan itu telah diadakah pada 24 Jun 2011 iaitu hari Jumaat. Ia dijalankan di padang SK Sungai Tuang bermula pada pukul 2.30 petang.
Tujuan hari sukan itu diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid dalam bidang kesukanan di samping melaksanakan aktiviti tahunan sekolah. Semua murid, guru-guru dan ibu bapa serta penjaga murid hadir pada petang itu. Murid-murid dibahagikan kepada empat buah rumah sukan iaitu Rumah Biru, Rumah Hijau, Rumah Merah dan Rumah Kuning.
Sebelum hari sukan diadakan, acara raptai perbarisan, latihan senamrobik dan persiapan khemah rumah sukan telah diadakan. Acara sukantara dan acara akhir padang juga telah dijalankan. Semua murid rumah sukan dan guru-guru rumah sukan masing-masing telah terlibat melaksanakannya.
Semasa kejohanan hari sukan dijalankan, ia dimulakan dengan acara perbarisan rumah-rumah sukan dan bacaan ikrar kejohanan oleh ketua kontinjen iaitu Saudara Amar bin Samsuri. Ucapan perasmian Hari Sukan Tahunan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Bahar bin Jaafar iaitu Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Tuang. Beliau menasihati murid-murid SK Sungai Tuang agar seimbang dalam bidang pelajaran dan bidang kokurikulum agar menjadi insan yang cemerlang dan berjaya dalam hidup pada masa depan. Selepas itu, persembahan senamrobik diadakan diiringi dengan lagu yang rancak.
Antara acara-acara hari sukan yang diadakan pada hari itu ialah lari 100 meter, lari 200 meter, lari 4 X 100 meter dan sukaneka untuk murid-murid. Acara pegawai sukan dan ibu bapa juga dijalankan. Selain itu, pertandingan teka kacang juga diadakan bagi memeriah hari sukan tahunan itu.
Setelah semua acara sukan tahunan selesai dijalankan, semua murid diminta berkumpul dalam rumah sukan masing-masing di hadapan pentas bagi majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. Johan rumah sukan pada tahun ini telah digondol oleh Rumah Biru. Manakala hadiah olahragawan dan olahragawati telah dimenangi oleh Ammar bin Samsuri dan Nur Hamizah binti Kamarulzaman di mana mereka telah berjaya memenangi empat pingat emas dalam acara masing-masing.
Majlis pada hari itu bersurai pada pukul 6.20 petang. Sebelum pulang guru-guru, murid-murid dan ibu bapa serta bergotong-royong mengemaskan khemah rumah sukan dan padang. Murid-murid pulang dengan perasaan yang seronok walaupun letih.

16 Jun 2011
PANTUN LAMA
Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana putungnya;
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya.
Sedap sungguh buah nanas,
Buat makan buka puasa;
Jangan dipandang ringgit dan emas,
Tapis dahulu budi bicara.
Sarat perahu muatan pinang,
Singgah berlabuh di Kuala Daik;
Buat jahat lagi dikenang,
Inikan pula budi yang baik.
Kalau api mana putungnya;
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya.
Sedap sungguh buah nanas,
Buat makan buka puasa;
Jangan dipandang ringgit dan emas,
Tapis dahulu budi bicara.
Sarat perahu muatan pinang,
Singgah berlabuh di Kuala Daik;
Buat jahat lagi dikenang,
Inikan pula budi yang baik.
18 Mei 2011
12 April 2011
Latihan Penulisan
Tulis sebuah karangan yang bertajuk 'Sebuah Kebakaran yang Pernah Saya Saksikan'.
Buat lima perenggan.
Buat lima perenggan.
Membina ayat berdasarkan gambar - Alam Penuh Misteri
KATA NAMA KATA KERJA ASIBIDIBAM
1. Ali dan Abu sedang mendirikan khemah di hutan.
2. Alina dan Fatehah sedang memasak lauk untuk makan malam beramai-ramai.
3. Asikin dan Khairil sedang menyusun pinggan-mangkuk dan cawan di atas para buluh.
4. Faizat dan Umi sedang memikul seberkas kayu api untuk dibuat unggun api.
5. Aishah dan Fitri sedang mengangkat sebaldi air untuk memasak dan membasuh.

31 Mac 2011
Menjelmakan Nilai
Penyataan (berdasarkan ayat) ~ Nilai yang dijelmakan
1. tidak membuang sampah merata-rata ~ menjaga kebersihan
2. menolong orang buta melintas jalan ~ prihatin
3. mengulang kaji pelajaran setiap hari ~ rajin
4. melawat ke tempat-tempat bersejarah ~ patriotik
5. tidak suka membuang masa ~ menghargai masa
6. membantu orang susah ~ baik hati
7. mengucapkan terima kasih ~ menghargai jasa
8. berjoging pada hujung minggu ~ menjaga kesihatan
9. beratur semasa menaiki bas ~ berdisiplin
10. mendengar nasihat ibu bapa ~ menghormati
# Kita mestilah _______________ dengan / seperti _____________________________.

KAJIAN BUKU SASTERA KANAK-KANAK
BAB 7 - Warisan Seni
Tugasan : Tulis lima isi penting tentang bab yang telah kamu baca itu.

29 Mac 2011
Latihan Penulisan
SOALAN 1
Rangka Karangan:
1. Tajuk
2. Pendahuluan
3. Isi-isi – 3 isi
4. Penutup
1. Peristiwa Kebakaran
2. Asap bekepul-kepul – berlaku suatu kebakaran
3. Tindakan – saya – meminta bantuan orang ramai
- menelefon pihak bomba
- membantu memadamkan kebakaran
- pasukan bomba tiba
- ahli-ahli bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran
- kebakaran berjaya dipadamkan
4. - Mengucapkan terima kasih
- Nasihat daripada pegawai bomba

Langgan:
Catatan (Atom)