11 Julai 2011

ARNAB BERLUMBA DENGAN KURA-KURA

Pada suatu hari, arnab keluar bersiar-siar.

Arnab ternampak kura-kura. Kura-kura sedang merangkak perlahan-lahan.

Arnab segera pergi berjumpa kura-kura.

"Wahai kura-kura, mahukah engkau berlumba lari denganku?" arnab bertanya.

"Ya, baiklah! Aku bersetuju," jawab kura-kura.
"Satu, dua, tiga!" arnab membilang.

Perlumbaan pun bermula.

Arnab berlari kencang. Kura-kura merangkak perlahan.
Di pertengahan jalan, arnab berehat di bawah sebatang pokok. Kemudian, arnab tertidur.

Kura-kura terus merangkak. Akhirnya, kura-kura sampai di garisan penamat.
Arnab terjaga daripada tidurnya. Arnab terus berlari kencang. Tetapi kura-kura sudah berada di garisan penamat.

Arnab kalah dalam perlumbaan itu. Arnab berasa malu.

NILAI MURNI

Jangan sekali-kali memandang rendah terhadap orang yang lemah atau miskin. Setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing.