Berkelah di Taman Rekreasi Gunung Ledang
Pada
hari Ahad yang lalu, saya dan keluarga pergi berkelah di taman rekreasi
berhampiran dengan rumah kami. Kami seramai
lima orang sekeluarga bertolak ke sana awal-awal pagi lagi.
Kami tiba di sana pada jam 9.00 pagi dengan
menaiki kereta yang dipandu oleh ayah.
Ibu telah menyediakan pelbagai makanan untuk dibawa ke Taman Rekreasi Gurung
Ledang. Aktiviti perkelahan akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama
ahli keluarga.
Setiba di sana, kami mencari tempat
yang sesuai di tepi sungai untuk berkelah.
Kakak yang paling sibuk membantu ibu menyediakan dan menghidangkan
makanan. Sewaktu berkelah, kami makan
dan minum dengan penuh berselera sehingga kenyang.
Kemudian, saya dan ayah mencampakkan
mata kail joran kami ke dalam sungai itu.
Tidak lama kemudian joran kami telah mengenakan beberapa ekor ikan
sungai. Kami berjaya menaikkan ikan lampam
jawa, sebarau dan toman.
Selepas itu, ayah membuat bara api
untuk membakar ikan-ikan yang kami pancing tadi. Saya membantu ayah mengumpul kayu api dan
sumber yang boleh dijadikan bahan bakar.
Adik pula berseronok mandi-manda air sungai sambil menyanyikan lagu
kegemarannya. Seterusnya, kami menikmati
pula keenakan isi ikan sungai selepas dibakar tadi bersama-sama.
Akhirnya, kami bertolak pulang pada
jam 2.00 petang selepas puas menikmati aktiviti perkelahan dan suasana alam
semula jadi di sana. Saya dan keluarga
bercadang untuk ke sana lagi jika ada kesempatan pada tahun depan kerana aktiviti
sebegini perlu dilakukan dengan lebih kerap agar hubungan kekeluargaan menjadi
lebih erat lagi.