18 April 2013

Tugasan Surat Kiriman Tidak Rasmi


Kawan kamu telah menghantar surat kepada kamu dan bertanyakan tentang aktiviti perkhemahan yang telah kamu ikuti.  Tuliskan surat balasan kepada rakan kamu itu selengkapnya.



* Sila tuliskan nama dan kelas.

JADUAL TUGASAN PESTA SUKANEKA


NAMA
TUGASAN
SEBELUM
SEMASA
SELEPAS
Encik Jani
Menyediakan alatan
Menentukan alatan, memastikan alatan baik dan mengumpulkan di suatu tempat
Mengagihkan alatan mengikut jenis sukan
Memastikan jumlah alatan mencukupi. dalam keadaan baik, menyimpan alatan di stor

Puan Salmi
Menyediakan jamuan
Menentukan bilangan peserta, jumlah hidangan, menu, tempat jamuan dan alatan untuk jamuan

Menghidang dan memastikan makanan mencukupi
Mengemas, membersihkan dan menyimpan alatan
Encik Rajaratnam
Menyediakan khemah
Memesan khemah sebelum sukaneka bermula

Memastikan khemah mencukupi
Mengemas dan membersihkan khemah
Encik Lim
Menjaga kebersihan
Memastikan kawasan itu bersih dan selamat
Memastikan kebersihan terkawal dengan menyediakan plastik sampah atau tong sampah

Memastikan kawasan itu bersih selepas digunakan.

Karangan Fakta


Cara-cara Menjaga Kesihatan

Semua orang inginkan tubuh badan yang sihat.  Menjaga kesihatan menjadi kewajipan kepada setiap orang.

Kita hendaklah menghindari diri daripada jangkitan penyakit.  Kita mestilah mengelakkan diri daripada orang yang dijangkiti penyakit yang boleh merebak.  Misalnya, demam, selsema, batuk dan sebagainya.

Selain itu, kita hendaklah makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.  Kita perlu mengambil makanan yang mencukupi mengikut keperluan tubuh badan.  Kita mestilah makan makanan yang mengandungi karbohidrat, protien, vitamin, serat dan lain-lain.

            Di samping itu, melakukan aktiviti riadah juga penting kita lakukan untuk menjaga kesihatan.  Antaranya, bersiar-siar di tepi pantai, berkelah, berjoging dan bermacam-macam lagi.  Apabila melakukan aktiviti-aktiviti riadah tersebut, kita boleh merehatkan badan dan melapangkan minda.

            Kesimpulannya, kita mestilah menjaga kesihatan supaya memiliki kehidupan yang ceria.  Oleh itu, kita akan kita sihat dan bertenaga sepanjang masa.
 

_______________________________________
1a  _____________________________________________________________________
1b  _____________________________________________________________________
2a  _____________________________________________________________________
2b  _____________________________________________________________________
2c  _____________________________________________________________________
3a  _____________________________________________________________________
3b  _____________________________________________________________________
3c  _____________________________________________________________________
4a  _____________________________________________________________________
4b  _____________________________________________________________________
4c  _____________________________________________________________________
5a  _____________________________________________________________________
5b  _____________________________________________________________________

31 Januari 2013

NILAI-NILAI MURNI

NILAI DAN SUB-NILAI

1 Baik hati - Belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, saling faham-memahami, dan saling bermaafan.

2 Berdikari - Berupaya bertindak sendiri dan yakin pada diri sendiri.

3 Hemah tinggi - Kesopanan, mengakui kesalahan diri dan ramah mesra.

4 Hormat - Hormat dan taat kepada ibu bapa atau penjaga, hormat kepada ahli keluarga, orang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin.

5 Kasih-sayang - Sayangkan diri dan orang lain, sayangkan alam sekeliling, dan cintakan negara.

6 Keadilan - Adil dan saksama.

7 Kebebasan - Kebebasan di sisi undang-undang.

8 Keberanian - Berani mencuba dan berani kerana benar.

9 Kebersihan fizikal dan mental - Kebersihan diri, persekitaran, dan mental

10 Kejujuran - Amanah, bercakap benar, dan ikhlas.

11 Kerajinan - Berdaya usaha dan berdedikasi.

12 Kerjasama - Gotong-royong, toleransi, dan perpaduan.

13 Kesederhanaan - Pertuturan dan perlakuan yang sederhana, dan sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri kepentingan orang lain.

14 Kesyukuran - Berterima kasih dan menghargai kebijaksanaan, pengalaman, dan jasa.

15 Rasional - Membuat pertimbangan.

16 Semangat bermasyarakat - Permuafakatan, kejiranan, dan peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.

17. Patriotisme - Semangat cinta akan negara

SELOKA PAK PANDIR




Pandai, pandai, wahai Pak Pandir,

Anak dipijak, dagang dijinjing;

Kucing dibunuh, tikus dibela,

Harta habis, badan tergadai.



Mendengar geladak dagang,

Tak sedar bertelanjang;

Mendengar guruh di langit,

Air tempayan dicurahkan.



Mulut kena suap pisang,

Buntut kena cangkuk onak;

Gunting lipatan makan di hujung,

Pak Pandir juga yang menanggung.



Apa didengar geladak dagang,

Gelagak rambutan jantan;

Orang berbunga, dia berbunga,

Orang berbuah, tapi dia haram.



Kilat memancar, hujan tak jadi,

Awak juga yang menanggung;

Silap-silap menabur budi,

Kita rugi orang yang untung.

Jadual Nilai Murni




Penanda Wacana Kata Bantu Aspek Nilai Kata Sendi Nama/Kata Hubung Bukti daripada teks / Huraian





















02 Oktober 2012

Membetulkan Ejaan dan Meletakkan Tanda Baca



Kemajuan negara pada masa kini begitu terserlah selaras dengan perkembangan sains dan teknologi.  Gunung Everest telah pun ditawan, benua Antartika juga telah diterokai dan lautan Inggeris yang luas telah direnangi.  Kini negara kita telah menerokai satu lagi bidang baharu iaitu penerokaan ke angkasa lepas menjelang tahun 2007.  Negara kita, Malaysia akan melahirkan dua orang astronaut yang akan membuat penerokaan di angkasa lepas.  Perkembangan ini menunjukkan nama negara kita setanding dengan negara maju yang lain.