07 September 2015
05 September 2015
Latihan Penulisan
Tuliskan karangan yang bertajuk "Cara-cara Menghormati Ibu Bapa" pada ruangan ulasan di bawah.
04 September 2015
01 Julai 2015
Pokok Seribu Guna
Pokok kelapa
digelar pokok seribu guna kerana daripada pelepah hingga ke batangnya boleh dijadikan
kegunaan manusia. Pokok kelapa banyak
ditanam di kampung dan di tepi pantai.
Pokok kelapa digelar pokok seribu
guna kerana bahagian-bahagian pokok tersebut boleh digunakan untuk kegunaan
harian manusia. Misalnya, daun kelapa
boleh dibuat pembungkus makanan seperti ketupat yang diadikan juadah semasa
Hari Raya Aidilfitri. Lidi kelapa pula
boleh dijadikan penyapu untuk membersihkan halaman rumah.
Selain itu, isi buah kelapa boleh
dijadikan sebagai santan dalam masakan seperti nasi lemak dan kari. Air kelapa muda pula boleh dijadikan minuman
untuk menghilangkan dahaga semasa cuaca panas terik. Pada masa kini, isi kelapa muda dijadikan
minuman istimewa yang dinamakan ‘coconut shake’ dan menjadi kesukaan ramai termasuk pelancong asing.
Di samping itu, sabut kelapa boleh
dijadikan alat untuk mencuci periuk dan bahan bakar untuk membuat kuih
tradisional. Tempurung kelapa pula boleh
dijadikan tabung, senduk, mangkuk dan boleh dijadikan bahan kraftangan untuk
hiasan rumah.
Seterusnya, batang kelapa boleh
dijadikan titian untuk menyeberangi sungai kecil atau parit. Batang kelapa juga boleh dijadikan tiang
rumah atau tiang pagar daripada terbuang begitu sahaja.
Kesimpulannya, pokok kelapa mendatangkan
banyak faedahnya dalam kehidupan manusia dan menjadi sumber rezeki kepada kita.
21 Mei 2015
Hasil Hutan yang Bernilai
Hutan merupakan rahsia alam yang penuh dengan hasil hutan yang bernilai.
Hasil hutan tersebut sangat berfaedah dalam kehidupan manusia.
Hasil hutan yang pertama ialah madu
lebah. Madu lebah dihasilkan oleh sekumpulan lebah yang menghasilkan
madunya di dalam sarang di atas pokok. Madu dijadikan makanan, minuman
dan ubat-ubatan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti asma, batuk dan
barah.
Selain itu, hasil hutan yang kedua
ialah rotan. Rotan diproses daripada pokok rotan yang meliar tumbuhnya di
dalam hutan. Rotan dijadikan perabot, barang-barang perhiasan dan
barang-barang karftangan yang digunakan dalam kehidupan manusia seperti raga, bakul sampah dan bekas telur sebagai hadiah semasa majlis perkahwinan.
Seterusnya, hasil hutan yang
ketiga ialah buluh. Buluh yang tumbuh dengan meliar di dalam hutan
dijadikan sumber pendapatan kepada sesetengah penduduk. Batang buluh
boleh dijadikan pelbagai jenis kraftangan manakala rebungnya pula boleh dijadikan makanan.
Di samping itu, hasil hutan yang
keempat ialah damar. Damar ialah bahan berupa getah keras yang diperoleh
daripada jenis pokok. Damar digunakan sebagai bahan penting dalam
pembuatan batik dan sebagainya.
Kesimpulannya, hutan merupakan alam penuh misteri yang menyimpan
pelbagai khazanah yang bernilai dan berguna dalam kehidupan manusia.
Oleh itu, kita haruslah memelihara hutan daripada terus diteroka secara meluas
demi kesejahteraan manusia.
16 Mei 2015
Ucapan Hari Guru
Arahan: Tuliskan ucapan ringkas kamu kepada guru yang kamu sayangi sempena sambutan hari guru. Buat ucapan anda dalam satu perenggan yang panjang patah perkataannya tidak kurang 30 patah perkataan.
Langgan:
Catatan (Atom)

