20 September 2010

LAPORAN SUKAN TAHUNAN

Pada hari Sabtu bersamaan 20 Februari 2010 yang lalu, SK Sungai Tuang telah mengadakan sukan tahunan. Sukan tahunan ini telah diadakan di padang sekolah. Semua murid tidak ketinggalan untuk menyertai sukan tahunan yang amat menyeronokkan itu.

Semasa pagi itu, acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat. Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh rumah sukan seperti Kuning, Merah, Hijau dan Biru. Seterusnya, ucapan perasmian sukan tahunan oleh Puan Hajjah Fuziah binti Mahmood iaitu Guru Besar SK Sungai Tuang.

Selepas ucapan perasmian, diteruskan dengan sukaneka tahap 1 seperti lari bawa bendera dan acara tahap 2 seperti lumba lari. Semua peserta berusaha bersungguh-sungguh untuk menang sukan tahunan kali ini. Acara untuk ibu bapa juga telah diadakan.

Para peserta, olahragawan dan olahragawati telah mendapat hadiah dan semua rumah sukan menanti keputusan untuk johan sukan tahuanan pada tahun ini. Tiba pada masanya, Rumah Kuning telah dinobat sebagai juara sukan tahunan pada kali ini.

Setelah seharian bersukan, para peserta tidak penat dan sedih malah mereka berasa gembira kerana memenangi pada acara sukan semasa hari tersebut.

Disediakan oleh, 25 Februari 2010.

Mariam Husin

(MARIAM BINTI HUSIN)
Setiausaha Hari Sukan,
SK Sungai Tuang.

2 ulasan: