27 April 2012

LATIHAN MEMBINA ULASAN (BAHAGIAN C)


                  Berbulan-bulan sebelum menyertai Kejohanan Berbasikal Dunia Azizul gigih berlatih mengayuh basikalnya setiap hari. Semakin dekat tarikh kejohanan, semua stadium telah menjadi sasaran tempatnya untuk berlatih supaya dapat membiasakan diri dengan suasana tersebut.

                  Azizul berangkat kejohanan yang diadakan di Amerika Syarikat itu dengan cita-cita yang tinggi. Dia memastikan dirinya mendapatkan makanan berkhasiat sepanjang masa. Azizul juga memeriksa keadaan basikalnya dengan terliti sebelum perlumbaan.

                  Pada saat kejohanan, Azizul memulakan kayuhannya dengan baik. Semakin lama, dia mengayuh dengan semakin pantas. Pada pusingan terakhir, basikal Azizul bergesel dengan
basikal sorang pelumba lain. Azizul terjatuh lalu terseret jauh ke hadapan. Betis kaki kirinya telah ditusuk oleh sebatang besi jejari yang patah.

                  Azizul sedar bahawa harapan seluruh rakyat Malaysia terpikul di atas bahunya. Dia pun bangun lalu mengayuh sungguhpun kesakitannya amat terasa. Akhirnya, Azizul berjaya menamatkan perlumbaan hingga ke garisana penamat. Semasa diusung ke dalam ambulans, Azizul meminta untuk berdiri kerana menghormati lagu ‘Negaraku’yang dimainkan sempena kemenangannya bergelar juara.


      BORANG GRAFIK





Penanda Wacana     
Kata Bantu             
Nilai Murni       
Kata Sendi Nama          
 Bukti daripada teks
Antaranya,   
kita mestilah 



Selain itu,  
kita hendaklah



Seterusnya,  
kita perlulah



Oleh itu,    
kita haruslah



Akhirnya    
kita wajarlah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan