26 Mei 2010

LATIHAN MEMBINA ULASAN 3

Tulis beberapa pengajaran yang kamu peroleh puisi berikut. Jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkatan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


Buah duku enak rasanya,
Dijual orang di pasar tani;
Dari kecil hinggalah dewasa,
Kasih ibu bapa sepenuh hati.

Singgah sebentar di Pasar Rabu,
Untuk membeli buah markisa;
Sungguh mulia jasanya ibu,
Sepanjang hayat dikenang sentiasa.

Buah delima dibeli papa,
Untuk santapan di rumah Salwa;
Jasanya bapa tidak dilupa,
Berkorban harta dan juga nyawa.

Sebelum pulang membeli kelapa,
Buat memasak bersama peria;
Terima kasih ibu dan bapa,
Keranamu jua kami bahagia.

LATIHAN MEMBINA AYAT 3

Bina lima ayat tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar-gambar di bawah.

LATIHAN MEMBINA ULASAN 2

Tulis beberapa nilai dan pengajaran yang terdapat dalam petikan.



Lagenda Puteri Santubong


Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang ialah anak dewa kayangan yang diutuskan untuk menjaga Gunung Santubong .Kecantikan paras rupa anak dewa dari kayangan ini tiada tolok bandingannya .Puteri Santubong kerjanya menenun kain pada waktu malam. Puteri Sejinjang pula kerjanya menumbuk padi pada waktu siang.

Pada suatu hari, ketika Puteri Santubong leka menenun kain dan Puteri Sejinjang asyik menumbuk padi, mereka berbual tentang kecantikan diri masing-masing. Mereka memuji-muji kelebihan diri sendiri. Puteri Santubong mengatakan pinggangnya lebih ramping dan badannya lebih cantik. Putera Raja akan terpikat dan melamarnya. Puteri Sejinjang pula mengatakan Puteri Santubong angkuh. Puteri Sejinjang mengatakan dia yang lebih cantik. Maka berlakulah perang mulut antara mereka.

Akhirnya, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang pun bergaduh. Semasa pergaduhan itu, Puteri Santubong telah menghayun batang belidak ke muka Puteri Sejinjang. Muka Puteri Sejinjang berlumuran darah. Puteri Sejinjang membalas serangan itu. Puteri Sejinjang menghayun alu penumbuk padi ke kepala Puteri Santubong. Kepala Puteri Santubong pun bertaburan ke laut lalu menjadi Pulau Kera.

LATIHAN MEMBINA AYAT 2

Bina lima ayat yang lengkap tentang aktiviti gambar-gambar di bawah.

LATIHAN MEMBINA ULASAN

Tulis lima pengajaranyang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

LATIHAN MEMBINA AYAT

Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.