26 Mei 2010

LATIHAN MEMBINA ULASAN 2

Tulis beberapa nilai dan pengajaran yang terdapat dalam petikan.



Lagenda Puteri Santubong


Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang ialah anak dewa kayangan yang diutuskan untuk menjaga Gunung Santubong .Kecantikan paras rupa anak dewa dari kayangan ini tiada tolok bandingannya .Puteri Santubong kerjanya menenun kain pada waktu malam. Puteri Sejinjang pula kerjanya menumbuk padi pada waktu siang.

Pada suatu hari, ketika Puteri Santubong leka menenun kain dan Puteri Sejinjang asyik menumbuk padi, mereka berbual tentang kecantikan diri masing-masing. Mereka memuji-muji kelebihan diri sendiri. Puteri Santubong mengatakan pinggangnya lebih ramping dan badannya lebih cantik. Putera Raja akan terpikat dan melamarnya. Puteri Sejinjang pula mengatakan Puteri Santubong angkuh. Puteri Sejinjang mengatakan dia yang lebih cantik. Maka berlakulah perang mulut antara mereka.

Akhirnya, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang pun bergaduh. Semasa pergaduhan itu, Puteri Santubong telah menghayun batang belidak ke muka Puteri Sejinjang. Muka Puteri Sejinjang berlumuran darah. Puteri Sejinjang membalas serangan itu. Puteri Sejinjang menghayun alu penumbuk padi ke kepala Puteri Santubong. Kepala Puteri Santubong pun bertaburan ke laut lalu menjadi Pulau Kera.

1 ulasan: