Kemajuan negara pada masa kini begitu
terserlah selaras dengan perkembangan sains dan teknologi. Gunung Everest
telah pun ditawan, benua Antartika juga telah diterokai dan lautan Inggeris yang luas telah direnangi. Kini negara kita telah menerokai satu lagi bidang
baharu iaitu penerokaan ke angkasa lepas menjelang tahun 2007. Negara kita, Malaysia akan melahirkan dua orang astronaut yang
akan membuat penerokaan di angkasa lepas. Perkembangan
ini menunjukkan nama negara kita setanding dengan negara maju yang lain.
02 Oktober 2012
27 September 2012
21 September 2012
10 September 2012
Suatu Kebakaran yang Pernah Saya Saksikan
Pada suatu hari,saya dan kawan-kawan baru
pulang dari sekolah. Kami berjalan sambil menyanyi dengan riang.
Tiba-tiba, kami ternampak asap berkepul-kepul keluar dari sebuah rumah. Kami berlari menuju ke rumah tersebut untuk mengetahuui apa yang sedang berlaku. Rupa-rupanya, sebuah rumah sedang terbakar dijilat api yang sedang marak.
Kemudian,kami terus meminta bantuan. Salah seorang daripada kami pergi ke pondok telefon untuk menelefon pihak bomba. Rakan saya yang lain terus meminta pertolongan.
Orang ramai datang memberikan bantuan dengan memadamkan kebakaran. Selepas meminta bantuan,kami juga menghulurkan bantuan. Kami menggunakan air dan pasir untuk memadamkan kebakaran.
Beberapa minit kemudian, pihak bomba dan polis datang untuk memadamkan kebakaran. Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran. Akhirnya, kebakaran berjaya dipadamkan.
Mangsa kebakaran mengucapkan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan. Pihak bomba dan polis mengucapkan terima kasih kepada kami kerana segera menelefon pihak bomba.
Sesungguhnya peristiwa kebakaran memberikan pengajaran yang amat mendalam kepada kami. Jangan bermain dengan api kerana 'api semasa kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan'.

Surat Kiriman Tidak Rasmi
Farah Nabihah
bt. Jepri,
No. 5A, Kampung Sejahtera,
78300 Masjid Tanah,
Melaka.
19 JULAI 2012.
Ke hadapan sahabatku Saudari Suzi yang kini berada di Sungai Petani, Kedah semoga sihat sejahtera .
(FARAH NABIHAH BT. JEPRI)
No. 5A, Kampung Sejahtera,
78300 Masjid Tanah,
Melaka.
19 JULAI 2012.
Ke hadapan sahabatku Saudari Suzi yang kini berada di Sungai Petani, Kedah semoga sihat sejahtera .
Saudari ,
Apa
khabar ? Saya dan keluarga di sini berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya berdoa agar saudari dan keluarga di sana
juga berada dalam situasi yang sama.
Tujuan
saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya melawat ke negeri Melaka
bersama-sama keluarga. Kami ke Melaka
pada hari Ahad yang lalu. Kami ke sana
dengan menaiki kereta ayah .
Mula-mula
kami melawat ke Bandar Hilir. Kami dapat
melihat kesan-kesan sejarah seperti Kota A’Famosa, Bangunan Merah dan Perigi Hang Lipo di situ. Saya dan keluarga juga menaiki Menara Taming
Sari. Saya dapat melihat keindahan panorama Bandaraya Melaka yang amat
menarik sekali.
Selepas
itu, perut kami berasa lapar. Kami
sekeluarga singgah makan di sebuah restoran di Bandar Hilir. Makanan dan minumannya enak sekali. Kami sekeluarga makan dengan sungguh berselera
sekali sehingga kenyang.
Kemudian,
kami sempat membeli belah di Mahkota Parade. Saya membeli sedikit buah tangan
untuk rakan-rakan. Kami juga makan ais
krim di situ.
Begitulah
pengalaman saya melawat ke Melaka bersama-sama keluarga. Kami sekeluarga sungguh seronok. Akhir kata, sambutlah salam saya kepada
saudari sekeluarga di sana. Sekian.
Yang benar,
FARAH
Keburukan Makanan Ringan
Makanan
ringan seperti keropok, gula-gula, jeruk dan lain-lain amat disukai oleh
kanak-kanak. Namun begitu, makanan
ringan mempunyai banyak keburukannya kepada
kesihatan kita.
Antara
keburukannya, ia boleh menyebabkan kita menghidap penyakit kanser kerana
makanan ringan mengandungi pewarna dan pelbagai perisa. Ianya juga mengandungi
bahan-bahan kimia yang tidak baik untuk kesihatan. Bahan- bahan kimia juga boleh melemahkan
fikiran.
Punca
penyakit diabetes dan sakit jantung juga berpunca daripada makanan ringan. Hal ini
demikian kerana, makanan ringan mengandungi gula dan garam yang berlebihan. Garam yang berlebihan juga boleh menyebabkan
darah tinggi. Penyakit ini memerlukan
kos yang tinggi untuk mengubatinya.
Jika kita
banyak makan makanan ringan, ia boleh menyebabkan berat badan bertambah. Itulah
punca kegemukan dan obesiti. Penyakit
ini amat berbahaya kepada kita kerana apabila bersenam kita akan cepat penat
dan tidak boleh mengeluarkan peluh yang baik untuk tubuh badan.
Makanan
ringan tidak mempunyai vitamin dan zat galian yang diperlukan oleh tubuh badan. Jadi kita akan mudah diserang penyakit dan
akan melemahkan organ organ badan. Jika
kita diserang penyakit, ia menyebabkan
berlakunya pembaziran kerana kita perlu perbelanjaan untuk mendapatkan rawatan doktor
dan membeli ubat-ubatan.
Kesimpulannya,
elakkanlah daripada mengambil makanan ringan.
Jika kita mengelakkannya kita akan menjadi seorang yang sihat dan
cerdik. Jadi, hindarkanlah makanan
ringan daripada mendekati diri kita.
31 Julai 2012
Teka Silang Kata
NAMA MURID : ____________________________________________
TAHUN :
____________________________
6.
|
|||||||||
4.
|
|||||||||
1.P
|
5.
|
E
|
|||||||
2.
|
3.
|
||||||||
8.
|
|||||||||
7.
|
A
|
||||||||
10.
|
|||||||||
9.
|
K
|
||||||||
T
|
|||||||||
11.
|
|||||||||
PEMBAYANG:
Melintang
2. Anak yang
disayangi keluarga dipanggil anak ____________.
5. Drama yang
disertai dengan nyanyian dan muzik oleh kaum Cina
7. Perkataan yang
sama maksud dengan cepat atau segera
9. Haiwan yang boleh
hidup di laut dan di darat
11. Salah satu kaum yang terdapat di Malaysia
Menegak
1. Alas lantai yang
berwarna-warni yang dihamparkan di ruang tamu rumah
3. Sang Kancil ialah haiwan yang panjang ________.
4. Bahan untuk
menyedapkan makanan
6. Nama stesen radio
yang popular
8. Asal Adam
diciptakan daripada __________.
9. Makanan yang dihasilkan daripada jagung
10. Nama sejenis burung
27 Jun 2012
Jumlah Kutipan Telur Itik di Ladang Ternakan Encik Sazali | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Langgan:
Catatan (Atom)