Tiba-tiba, kami ternampak asap berkepul-kepul keluar dari sebuah rumah. Kami berlari menuju ke rumah tersebut untuk mengetahuui apa yang sedang berlaku. Rupa-rupanya, sebuah rumah sedang terbakar dijilat api yang sedang marak.
Kemudian,kami terus meminta bantuan. Salah seorang daripada kami pergi ke pondok telefon untuk menelefon pihak bomba. Rakan saya yang lain terus meminta pertolongan.
Orang ramai datang memberikan bantuan dengan memadamkan kebakaran. Selepas meminta bantuan,kami juga menghulurkan bantuan. Kami menggunakan air dan pasir untuk memadamkan kebakaran.
Beberapa minit kemudian, pihak bomba dan polis datang untuk memadamkan kebakaran. Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran. Akhirnya, kebakaran berjaya dipadamkan.
Mangsa kebakaran mengucapkan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan. Pihak bomba dan polis mengucapkan terima kasih kepada kami kerana segera menelefon pihak bomba.
Sesungguhnya peristiwa kebakaran memberikan pengajaran yang amat mendalam kepada kami. Jangan bermain dengan api kerana 'api semasa kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan