21 September 2012

MAKSUD PERKATAAN ATAU FRASA

Tuliskan jawapan anda pada ULASAN.

LATIHAN MEMBINA PUISI

Tulis karya puisi yang anda hasilkan pada ULASAN.

10 September 2012

Suatu Kebakaran yang Pernah Saya Saksikan

     Pada suatu hari,saya dan kawan-kawan baru pulang dari sekolah.  Kami berjalan sambil menyanyi dengan riang.

     Tiba-tiba, kami ternampak asap berkepul-kepul keluar dari sebuah rumah. Kami berlari menuju ke rumah tersebut untuk mengetahuui apa yang sedang berlaku. Rupa-rupanya, sebuah rumah sedang terbakar dijilat api yang sedang marak.

     Kemudian,kami terus meminta bantuan.  Salah seorang daripada kami pergi ke pondok telefon untuk menelefon pihak bomba.  Rakan saya yang lain terus meminta pertolongan.

     Orang ramai datang memberikan bantuan dengan memadamkan kebakaran.  Selepas meminta bantuan,kami juga menghulurkan bantuan.  Kami menggunakan air dan pasir untuk memadamkan kebakaran.

    Beberapa minit kemudian, pihak bomba dan polis datang untuk memadamkan kebakaran.  Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.  Akhirnya, kebakaran berjaya dipadamkan.

    Mangsa kebakaran mengucapkan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan.  Pihak bomba dan polis mengucapkan terima kasih kepada kami kerana segera menelefon pihak bomba.

    Sesungguhnya peristiwa kebakaran memberikan pengajaran yang amat mendalam kepada kami.  Jangan bermain dengan api kerana 'api semasa kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan'.

Surat Kiriman Tidak Rasmi

                                                                                                 Farah  Nabihah  bt.  Jepri,
                                                                                                 No. 5A, Kampung Sejahtera,
                                                                                                 78300  Masjid  Tanah,
                                                                                                 Melaka.
                            
                                                                                                 19  JULAI 2012.

         
Ke hadapan sahabatku Saudari Suzi yang kini berada di Sungai Petani, Kedah semoga sihat sejahtera . 

Saudari ,
            Apa khabar ? Saya dan keluarga di sini berada dalam keadaan sihat sejahtera.  Saya berdoa agar saudari dan keluarga di sana juga berada dalam situasi yang sama.

 
            Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya melawat ke negeri Melaka bersama-sama keluarga.  Kami ke Melaka pada hari Ahad yang lalu.  Kami ke sana dengan menaiki kereta ayah .

           
            Mula-mula kami melawat ke Bandar Hilir.  Kami dapat melihat kesan-kesan sejarah seperti Kota A’Famosa,  Bangunan Merah dan Perigi Hang Lipo di situ.  Saya dan keluarga juga menaiki Menara Taming Sari.  Saya dapat melihat  keindahan panorama Bandaraya Melaka yang amat menarik sekali.

 
            Selepas itu, perut kami berasa lapar.  Kami sekeluarga singgah makan di sebuah restoran di Bandar Hilir.  Makanan dan minumannya enak sekali.  Kami sekeluarga makan dengan sungguh berselera sekali sehingga kenyang.

 
            Kemudian, kami sempat membeli belah di Mahkota Parade. Saya membeli sedikit buah tangan untuk rakan-rakan.  Kami juga makan ais krim di situ.

 
            Begitulah pengalaman saya melawat ke Melaka bersama-sama keluarga.  Kami sekeluarga sungguh seronok.  Akhir kata, sambutlah salam saya kepada saudari sekeluarga di sana. Sekian.                                                                                                                                                                                                             
 
                                                                                                                                          Yang benar,

                                                                                                                                                                                                              FARAH

                                                                                              (FARAH NABIHAH BT. JEPRI)



Keburukan Makanan Ringan

            Makanan ringan seperti keropok, gula-gula, jeruk dan lain-lain amat disukai oleh kanak-kanak.  Namun begitu, makanan ringan mempunyai banyak keburukannya  kepada kesihatan kita.
 
            Antara keburukannya, ia boleh menyebabkan kita menghidap penyakit kanser kerana makanan ringan mengandungi pewarna dan pelbagai perisa. Ianya juga mengandungi bahan-bahan kimia yang tidak baik untuk kesihatan.  Bahan- bahan kimia juga boleh melemahkan fikiran.
 
            Punca penyakit diabetes dan sakit jantung juga berpunca daripada makanan ringan. Hal ini demikian kerana, makanan ringan mengandungi gula dan garam yang berlebihan.  Garam yang berlebihan juga boleh menyebabkan darah tinggi.  Penyakit ini memerlukan kos yang tinggi untuk mengubatinya.
 
 
            Jika kita banyak makan makanan ringan, ia boleh menyebabkan  berat badan bertambah.   Itulah punca kegemukan dan obesiti.  Penyakit ini amat berbahaya kepada kita kerana apabila bersenam kita akan cepat penat dan tidak boleh mengeluarkan peluh yang baik untuk tubuh badan.
 
             
            Makanan ringan tidak mempunyai vitamin dan zat galian yang diperlukan oleh tubuh badan.  Jadi kita akan mudah diserang penyakit dan akan melemahkan organ organ badan.  Jika kita diserang penyakit,  ia menyebabkan berlakunya pembaziran kerana kita perlu perbelanjaan untuk mendapatkan rawatan doktor dan membeli ubat-ubatan.
 
         
           Kesimpulannya, elakkanlah daripada mengambil makanan ringan.  Jika kita mengelakkannya kita akan menjadi seorang yang sihat dan cerdik.  Jadi, hindarkanlah makanan ringan daripada mendekati diri kita.