08 Julai 2014

DIFTONG DAN VOKAL BERGANDING

DIFTONG

Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran.  Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal iaitu aiauoi.
            Contoh perkataan yang mengandungi diftong
Huruf         di depan                              di tengah                          di belakang
   ai              aising                                    ghairah                               gulai
   au             aurat                                    saudara                             harimau
   oi              oidium                                  boikot                                 sekoi


VOKAL BERGANDING

Vokal berganding adalah perkataan yang terhasil dari gabungan dua huruf vokal. 
      Contoh perkataan yang mengandungi vokal berganding
1. lauk                               3. air
2. tiada                             4. ceria


Tema :  Keluarga harmoni

Tajuk :  Mari Bernyanyi

Pesanan Pak Usu

Buai laju-laju
Sampai pucuk nangka
Dengar kata Pak Usu
Taat ibu bapa

Buai laju-laju
Sampai pucuk rambai
Dengar kata Pak Usu
Tentu tidak cuai

Buai 
laju-laju
Sampai pucuk ara
Dengar kata Pak Usu
Hormat saudara-mara

( Irama "Buai Laju-laju )

25 Jun 2014

Latihan menulis karangan (umum)

~ Sasaran Idea adalah secara umum
~ Mencari isi menggunakan teknik ASiBiDiBaM

Soalan:  Sekolah kamu baru sahaja mengadakan sukan tahunan peringkat sekolah.
                Kamu dikehendaki menulis berita untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

                Tulis berita tersebut selengkapnya.


Apa




Bila




Siapa




Mengapa




Di mana




Apa




Bagaimana




Siapa




Latihan menulis karangan jenis fakta

Soalan:  Murid-murid digalakkan belajar secara berkumpulan.
               Tulis karangan tentang faedah-faedah belajar secara berkumpulan.

Pendahuluan






Idea (1)


Huraian


Contoh



Idea (2)


Huraian


Contoh



Idea (3)


Huraian


Contoh



Idea (4)


Huraian


Contoh




Penutup





Latihan membina ulasan nilai murni

Tulis beberapa nilai murni yang anda peroleh daripada petikan di bawah dengan beserta contoh.
Panjang jawapan anda tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
                Azman kerap tidak menyiapkan kerja sekolah.  Kadang-kadang, dia ponteng sekolah.  Di rumah, Azman malas mengulangkaji pelajaran.  Dia suka bergaul dengan budak-budak nakal.  Ibu bapa dan guru-guru kerap kali menasihati Azman tetapi sikapnya tetap tidak berubah.
            Pada suatu hari, Azman mandi-manda di sungai bersama kawan-kawannya.  Ketika seronok mandi-manda, Azman telah hanyut dibawa arus.  Dia tidak tahu berenang.  Kebetulan seorang pemuda telah ternampak Azman yang hamper lemas di dalam sungai.  Kawan-kawan Azman yang lain melarikan diri.
            Azman diselamatkan oleh pemuda itu.  Ibu bapa Azman terkejut dengan kejadian itu.  Mereka mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu kerana telah menyelamatkan anak mereka.  Sejak hari itu, Azman telah berubah sikap.  Dia bersyukur kerana telah terselamat daripada mati lemas.


Penanda Wacana
Kata Bantu
Nilai Murni (Jelma Nilai)
Diambil daripada petikan
Nilai yang diperoleh



kita hendaklah


Selain itu,




kita seharusnya


Di samping itu,



kita perlu


Seterusnya,




kita sewajarnya


Akhir sekali,




kita sepatutnya


19 Jun 2014

Karangan - Kampung Halaman Saya



Nama kampung saya Guarlford. Guarlford terletak dua batu dari sebuah kaki bukit besar yang bernama Malvern Hills. Di sekeliling Guarlford ada banyak ladang, lembu tenusu dan anak biri-biri.

Pada musim bunga pemandangan sangat cantik sebab semua tumbuh-tumbuhan hijau dan segar. Pemandangan musim gugur juga sangat cantik sebab daun-daun pohon menjadi warna-warni.

Walaupun jumlah penduduk di sekitar Malvern adalah tiga puluh ribu orang, jumlah penduduk Guarlford hanya dua ratus lima puluh orang sahaja.

Kampung saya sangat tua, ia wujud sejak tahun 1275. Ibu bapa saya dan rakan-rakan mereka telah menulis dua buah buku tentang sejarah Guarlford yang anda dapat beli dari Amazon.

23 Januari 2014

Dialog

Latihan menulis dialog/perbualan.

Tulis pada bahagian ulasan.

Nilai Murni

Latihan membina ulasan dengan nilai murni.

Jawab pada bahagian ulasan.