Tulis beberapa nilai
murni yang anda peroleh daripada petikan di bawah dengan beserta contoh.
Panjang jawapan anda tidak
lebih daripada 50 patah perkataan.
Azman
kerap tidak menyiapkan kerja sekolah.
Kadang-kadang, dia ponteng sekolah.
Di rumah, Azman malas mengulangkaji pelajaran. Dia suka bergaul dengan budak-budak
nakal. Ibu bapa dan guru-guru kerap kali
menasihati Azman tetapi sikapnya tetap tidak berubah.
Pada
suatu hari, Azman mandi-manda di sungai bersama kawan-kawannya. Ketika seronok mandi-manda, Azman telah
hanyut dibawa arus. Dia tidak tahu
berenang. Kebetulan seorang pemuda telah
ternampak Azman yang hamper lemas di dalam sungai. Kawan-kawan Azman yang lain melarikan diri.
Azman
diselamatkan oleh pemuda itu. Ibu bapa Azman
terkejut dengan kejadian itu. Mereka
mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu kerana telah menyelamatkan anak
mereka. Sejak hari itu, Azman telah
berubah sikap. Dia bersyukur kerana
telah terselamat daripada mati lemas.
Penanda Wacana
|
Kata Bantu
|
Nilai Murni (Jelma Nilai)
|
Diambil daripada petikan
|
Nilai yang diperoleh
|
kita hendaklah
|
|
|
Selain itu,
|
kita seharusnya
|
|
|
Di samping itu,
|
kita perlu
|
|
|
Seterusnya,
|
kita sewajarnya
|
|
|
Akhir sekali,
|
kita sepatutnya
|
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan