27 April 2020

BM TAHUN 6 - 27 APRIL 2020 (ISNIN)

Sila baca dengan teliti dan buat tugasan di bawah dalam buku penulisan C.



Karangan Jenis Catatan Harian


Sabtu, 11 Januari 2020

7.30 pagi

Semua peserta aktiviti 1)________________ anjuran Persatuan Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Bandar Putra 2)_______________ diri.  Kami berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar 3)__________ yang disampaikan oleh Cikgu Azlan. Kami 4)____________ kepada beberapa kumpulan mengikut tugasan masing-masing.  Sebelum aktiviti bermula, kami diberikan 5)_____________ seperti penyapu, berus cat, alat penyiram dan sebagainya.


8.00 pagi

Aktiviti gotong-royong bermula.  Kami bersama guru-guru Persatuan Alam Sekitar 6)_____________ kawasan kantin.  Ada murid yang 7)____________ untuk menyapu sampah dan 8)__________ lantai di ruang 9)_____________ murid.  Ada juga yang mencuci longkang di kawasan kantin sehingga 10)______________.


10.00 pagi

Kami 11)__________ sebentar sambil menikmati 12)___________ nasi lemak dan air sirap. Hidangan tersebut adalah 13)______________ daripada pihak pengusaha kantin.  Kami berasa 14)___________ dan tidak sabar untuk melihat kawasan kantin sekolah yang 15)____________ baharu. 


10.30 pagi

Kami 16)___________ semula aktiviti gotong-royong.  Beberapa orang masih 17)________________ membersihkan kawasan persekitaran kantin.  Ada murid-murid yang 18)____________ dan menyiram pokok bunga.  Ada pula yang mengangkat 19)___________________ dengan menggunakan troli.  Mereka saling 20)_____________ dan bantu-membantu bagai aur dengan tebing.


11.00 pagi

Guru-guru Persatuan Alam Sekitar membuat 21)_____________ bagi memastikan semua tugasan 22)____________ dengan baik.  Murid-murid meneruskan tugasan dengan mengecat 23)___________ kantin dan 24)_____________ kerusi dan meja.  Mereka kelihatan bersungguh-sungguh untuk 25)______________ kantin sekolah kami. 


12.00 tengah hari

Kami 26)____________ semula di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat penutup yang disampaikan oleh Guru Besar.  Beliau 27)______________ terima kasih kepada murid-murid dan 28)____________ yang terlibat.  Setelah semua alatan dikumpulkan, kami 29)_____________ pulang ke rumah masing-masing.  Kami berasa sangat 30)____________ kerana kantin sekolah kami telah bersih dan cantik.



Tugasan anda :


1. Baca karangan jenis catatan di atas dan buat analisis format karangan tersebut dengan melengkapkan jadual di bawah.



2. Salin semula karangan di atas dan lengkapkan karangan tersebut dengan pilihan jawapan di bawah dengan betul.

Perenggan 1
-      taklimat
-      gotong-royong
-      peralatan
-      mendaftarkan
-      dibahagikan

Perenggan 2
-      bersih
-      makan
-      membersihkan
-      mencuci
-      ditugaskan

Perenggan 3
-      teruja
-      berwajah
-      berehat
-      sumbangan
-      hidangan

Perenggan 4
-      bertungkus-lumus
-      bekerjasama
-      sampah-sarap
-      menanam
-      menyambung


Perenggan 5
-      menyusun
-      dinding
-      menceriakan
-      pemantauan
-      dilakukan

Perenggan 6
-      guru-guru
-      gembira
-      berkumpul
-      mengucapkan
-      dibenarkan


Selamat menjawab dan hantar tugasan yang sudah siap itu setelah sekolah dibuka kelak.


#kitajagakita



Tiada ulasan:

Catat Ulasan