21 Mei 2020

TUGASAN BAHASA MELAYU DAN SEJARAH TAHUN 6 - 11 JUN 2020 KHAMIS


 Sila jawab semua tugasan di bawah.


BAHASA MELAYU

1. Kuiz BM Pemahaman 2

   Klik link - KUIZ BM PEMAHAMAN 2

  (Selepas menjawab sila nyatakan markah yang diperoleh.)


2.  Tulis semula teks ucapan semasa anda membuat rakaman video pendek sempena Sambutan Hari Guru 2020 kepada guru kesayangan anda ke dalam sehelai kertas A4 dan hantar kepada saya dalam bentuk gambar menggunakan Whatsapp.


SEJARAH

Jawab semua latihan anda di dalam buku tulis Sejarah.


1. Buka Buku Teks Sejarah pada muka surat 71 hingga 74 dan buat latihan di bawah ini:-

Sebelum merdeka, penempatan masyarakat di negara ini terpisah berdasarkan pekerjaan masing-masing.

Buat nota ringkas tentang perkara di atas. Contoh;

a. Kaum : Melayu

Penempatan : di pesisir pantai dan muara sungai serta tebing sungai

Pekerjaan : menangkap ikan, bertani dan berniaga secara kecil-kecilan

* Sila buat nota ringkas seperti di atas untuk lima kaum terbesar yang lain di negara kita.


2. Buka muka Buku Teks Sejarah pada surat 92 dan 93 dan fahami dialog tersebut.

Cari dan baca satu cerita rakyat yang ada minati dan tulis semula ceritanya secara lengkap dengan tidak melebihi 100 patah perkataan.


Selamat melaksanakan tugasan dengan terbaik.

#pkpp

#kitajagakita

#selamatharirayaaidilfitri

#maafzahirbatin


18 Mei 2020

TUGASAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 - 18 MEI 2020 (ISNIN)


Sila jawab semua tugasan di bawah.

1. Kuiz BM Pemahaman 1

   Klik link - Kuiz BM Pemahaman 1

  (Selepas menjawab sila nyatakan markah yang diperoleh.)



2.  Sila buat rakaman video pendek dan berikan ucapan sempena Sambutan Hari Guru 2020 kepada guru kesayangan anda.  Video itu  hendaklah berdurasi sekurang-kurangnya 1 minit dah hantar kepada saya melalui WhatsApp. 

Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Kenalkan diri anda dan dari kelas mana.

2. Nyatakan anda tinggal di mana.

3. Nyatakan perasaan anda pada hari ini.

4. Nyatakan sebab anda membuat video pendek ini 
    ~  'saya hendak menyampaikan ucapan … '

5. Nyatakan nama lengkap guru kesayangan anda.

6. Nyatakan sebab anda menyukai beliau.

7. Apakah harapan anda kepada beliau.

8. Nyatakan doa anda untuk beliau.

9. Penutup ucapan.


Selamat melaksanakan tugasan dengan terbaik.

#kitajagakita

#selamatberpuasa

#selamathariguru

14 Mei 2020

TUGASAN SEJARAH TAHUN 6 PADA 14 MEI 2020 (KHAMIS)


TAJUK : KITA RAKYAT MALAYSIA

Siapkan semua tugasan.



1. Salin peta pemikiran di bawah ini ke dalam buku tulis Sejarah.






2. Buka Buku Teks Sejarah Tahun 6 pada muka surat 65 dan salin lirik lagu 'Tanah Pusaka' ke dalam buku tulis Sejarah.  

Cuba berlatih menyanyikannya mengikut alunan lagu yang betul.  

Sila hantar rakaman audio nyanyian anda kepada saya secara peribadi sebelum hari Khamis minggu depan.

Hadiah pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga disediakan.




Harap siapkan tugasan pada hari ini dan hantar apabila sekolah dibuka kelak.




#kitajagakita
#selamatberpuasa
#selamathariguru

TUGASAN BAHASA MELAYU TAHUN 6


14 MEI 2020 (KHAMIS)


Sila jawab semua tugasan di bawah.

1. Praktis Pemahaman UPSR 5

   Klik link - Praktis Pemahaman UPSR 5

  (Selepas menjawab sila nyatakan markah yang diperoleh.)



2.  Sila salin semula contoh ulasan di bawah dalam buku Penulisan A & B. 




Selamat menjawab dan hantar tugasan ini selepas sekolah dibuka kelak.

#pkpb
#covid19
#kitajagakita
#selamatberpuasa
#selamathariguru

11 Mei 2020

BM TAHUN 6 – 11 MEI 2020 (ISNIN)

Sila jawab semua tugasan di bawah.


1. Praktis Pemahaman UPSR 4


     Klik link - Praktis Pemahaman UPSR 4


     (Selepas menjawab sila nyatakan markah yang diperoleh)




2.  Jawab tugasan membina ulasan berdasarkan gambar dan frasa di bawah ke dalam buku penulisan A & B. 



   Selamat menjawab dan hantar tugasan ini selepas sekolah dibuka     kelak.

  #kitajagakita

  #selamatberpuasa

04 Mei 2020

BM TAHUN 6 - 4 MEI 2020 (ISNIN)

Sila jawab semua tugasan di bawah.


1. Praktis Pemahaman UPSR 3

   Klik link - Praktis Pemahaman UPSR 3

  (Selepas menjawab sila nyatakan markah yang diperoleh)



2. Sila tonton video di bawah dan fahami cara membina ulasan dengan betul.




3. Jawab tugasan membina ulasan berdasarkan gambar dan frasa di bawah ke dalam buku penulisan A & B. 


Gambar menunjukkan langkah-langkah memupuk masyarakat yang prihatin.
Tulis ulasan tentang langkah-langkah memupuk masyarakat prihatin dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.





Selamat menjawab dan hantar tugasan ini selepas sekolah dibuka kelak.


#kitajagakita