21 Mei 2020

TUGASAN BAHASA MELAYU DAN SEJARAH TAHUN 6 - 11 JUN 2020 KHAMIS


 Sila jawab semua tugasan di bawah.


BAHASA MELAYU

1. Kuiz BM Pemahaman 2

   Klik link - KUIZ BM PEMAHAMAN 2

  (Selepas menjawab sila nyatakan markah yang diperoleh.)


2.  Tulis semula teks ucapan semasa anda membuat rakaman video pendek sempena Sambutan Hari Guru 2020 kepada guru kesayangan anda ke dalam sehelai kertas A4 dan hantar kepada saya dalam bentuk gambar menggunakan Whatsapp.


SEJARAH

Jawab semua latihan anda di dalam buku tulis Sejarah.


1. Buka Buku Teks Sejarah pada muka surat 71 hingga 74 dan buat latihan di bawah ini:-

Sebelum merdeka, penempatan masyarakat di negara ini terpisah berdasarkan pekerjaan masing-masing.

Buat nota ringkas tentang perkara di atas. Contoh;

a. Kaum : Melayu

Penempatan : di pesisir pantai dan muara sungai serta tebing sungai

Pekerjaan : menangkap ikan, bertani dan berniaga secara kecil-kecilan

* Sila buat nota ringkas seperti di atas untuk lima kaum terbesar yang lain di negara kita.


2. Buka muka Buku Teks Sejarah pada surat 92 dan 93 dan fahami dialog tersebut.

Cari dan baca satu cerita rakyat yang ada minati dan tulis semula ceritanya secara lengkap dengan tidak melebihi 100 patah perkataan.


Selamat melaksanakan tugasan dengan terbaik.

#pkpp

#kitajagakita

#selamatharirayaaidilfitri

#maafzahirbatin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan