18 April 2013

Pidato 2013


Indah kayu jadi hiasan,
Bunga telur di atas para;
Adat Melayu jadikan kiasan,
Pantun kuhulur pembuka bicara.

Bismillah....

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, yang berusaha tuan-tuan guru besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru-guru yang disayangi dan rakan-rakan sekalian.

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Berdirinya saya di hadapan pentas ini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk ”Teknologi Terkini Hidup Berkualiti ”.

Para hadirin sekalian,

Setiap hari kehidupan manusia semakin berubah gaya hidupnya.  Semua manusia mahukan kehidupan yang sempurna dan semakin mudah setiap urusannya.  Maka teknologi terkini seiring dengan kehendak manusia tersebut.

            Bicara pertama saya yang ingin saya kaitkan dengan tajuk pidato saya ”  Teknologi Terkini Hidup Berkualiti ” adalah dari segi komunikasi.

Jika dahulu kita menggunakan telefon bimbit untuk bercakap atau menghantar mesej pesanan ringkas kepada rakan-rakan.  Tetapi kini kita boleh menggunakan telefon untuk kemudahan yang lebih canggih.  Kita boleh berbual-bual sambil melihat wajah rakan kita secara langsung dengan kemudahan 3G di mana-mana sahaja.  Telefon bimbit yang biasa kini telah bertambah hebat bertukar menjadi telefon pintar.  Teknologi ”touch skrin ” atau skrin sesentuh pada telefon pintar menjadi fenomena kepada kemajuan telefon bimbit dan komputer riba.

Istilah mesra pengguna menjadi impian kepada semua pengguna atau pengikut perkembangan ICT pada masa kini.  Kepada ahli perniagaan, cukuplah menggunakan telefon bimbit dan komputer riba untuk menguruskan perniagaan mereka secara online.  Laman web dan blog menjadi medan untuk memperluaskan rangkaian perniagaan mereka menggunakan alam maya.

Nama-nama besar seperti Bill Gates dan Steve Jobs bergelar jutawan kerana melibatkan diri dalam bidang perisian komputer dan teknologi telefon bimbit. IPod, iTunes, iPhone dan iPad yang menjadi kegilaan anak muda masa kini untuk memiliki peranti tersebut dalam menjalankan urusan kehidupan sehari-harian di samping ianya menjadi gaya hidup berkualiti pada masa kini.


 Bas Panorama Melaka telah tiba,
Kini tibalah bicara saya yang kedua.

Hadirin sekalian,

Semua manusia sukakan kecantikan.  Di bawah kata kunci penjagaan kesihatan ingin saya tegaskan bahawa teknologi terkini telah menyebabkan perubahan gaya hidup masyarakat di Malaysia pada masa sekarang.

Yang hodoh boleh menjadi cantik,  yang berbadan besar boleh memiliki pinggang yang ramping, yang buncit pula boleh dikempiskan perutnya manakala yang berkulit gelap bisa menjadi putih bak kata lagu ’Putih-putih melati, merah-merah delima, siapa yang baik hati, pasti kuterima... lebih-lebih lagi yang putih kulitnya.  Ini menjadikan anak-anak gadis pada masa kini mahu lebih bergaya dengan penampilan mereka.  Yalah siapa yang tidak mahukan penampilan diri yang nampak sempurna di mata orang lain.

Maka muncullah pelbagai produk di pasaran.  Produk JusMate 5 ialah produk kelangsingan badan dan mengempiskan perut diasaskan oleh DR Romzey.  Produk Safi Rania Gold pula boleh menghilangkan masalah jerawat di muka serta mencerahkan kulit wajah. Manakala produk SimplySiti yang terhangat di pasaran dapat menghiaskan wajah dengan bedak dan gincu melalui teknik solekan supaya wajah berubah menjadi lebih cantik dan jelita iaitu suatu produk yang diasaskan oleh penyanyi terkenal tanah air iaitu Siti Nurhaliza.

Apabila wajah dah cantik, bibir dah merah, pipi dah gebu, pinggang dah langsing maka saham diri pun akan bertambah tinggi.  Maka keyakinan diri akan bertambah dan dirinya akan sentiasa menjadi perhatian setiap mata yang memandang penampilannya.  Tak kelip-kelip mata memandang.


Sidang dewan yang budiman,
 Bicara saya ketiga kini menyusul dalam membincangkan tajuk ’Teknologi Terkini hidup berkualiti’ dikaitkan dalam bidang pertanian.  Filem Masam-Masam Manis lakonan Tan Sri P. Ramlee mengingatkan kita mengenai kata-kata terakhir beliau "Kahwin Lima Tahun Anak Sepuluh, Kembar Tak Berhenti' macam padi Malinja.  Sedar atau tidak, Malinja merupakan varieti padi pertama yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada tahun 1964.
Ia diikuti Mahsuri, Ria, Bahagia, Murni, Masria Jaya dan kini sebanyak 35 varieti padi telah dihasilkan. Selain itu, penyelidik MARDI juga mampu menghasilkan varieti Maswangi dan  Puteri yang sesuai ditanam dalam keadaan aerob, iaitu satu teknologi penanaman padi yang terbaru yang sedang diuji kemampuannya. Teknologi baru itu membuat penyelidikan bagi menghasilkan varieti padi bertujuan memperbaiki kualiti baka sedia ada.
Kandungan amilos menentukan kelembutan atau tekstur nasi iaitu peratusan rendah bermakna nasi lembut. ”Kaum Cina sukakan amilos rendah, Melayu juga suka amilos antara 18 dan 23 peratus”, menurut beliau.
Melalui hasil penyelidikan tersebut, secara tidak langsung dapat menghasilkan beras yang menjadi pilihan orang ramai dalam menikmati hidangan makanan sekeluarga di rumah mengikut kesukaan masing-masing. Ini akan menambahkan lagi kualiti hidup rakyat Malaysia bak kata orang ’hati senang umur pun panjang’.

Hadirin yang saya hormati,
Kesimpulannya, berdasar ketiga-tiga bicara saya tadi jelas menunjukkan kehadiran teknologi terkini dalam kehidupan manusia akan menjadikan kehidupan mereka lebih berkualiti.  Bak kata pepatah ”rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari’. Jika beroleh sebarang keuntungan maka jangan dibuang dan jangan mencari lawan kerana ianya hanya merugikan diri sendiri. Maka fikir-fikrkanlah.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.

Tugasan Surat Kiriman Tidak Rasmi


Kawan kamu telah menghantar surat kepada kamu dan bertanyakan tentang aktiviti perkhemahan yang telah kamu ikuti.  Tuliskan surat balasan kepada rakan kamu itu selengkapnya.



* Sila tuliskan nama dan kelas.

JADUAL TUGASAN PESTA SUKANEKA


NAMA
TUGASAN
SEBELUM
SEMASA
SELEPAS
Encik Jani
Menyediakan alatan
Menentukan alatan, memastikan alatan baik dan mengumpulkan di suatu tempat
Mengagihkan alatan mengikut jenis sukan
Memastikan jumlah alatan mencukupi. dalam keadaan baik, menyimpan alatan di stor

Puan Salmi
Menyediakan jamuan
Menentukan bilangan peserta, jumlah hidangan, menu, tempat jamuan dan alatan untuk jamuan

Menghidang dan memastikan makanan mencukupi
Mengemas, membersihkan dan menyimpan alatan
Encik Rajaratnam
Menyediakan khemah
Memesan khemah sebelum sukaneka bermula

Memastikan khemah mencukupi
Mengemas dan membersihkan khemah
Encik Lim
Menjaga kebersihan
Memastikan kawasan itu bersih dan selamat
Memastikan kebersihan terkawal dengan menyediakan plastik sampah atau tong sampah

Memastikan kawasan itu bersih selepas digunakan.

Karangan Fakta


Cara-cara Menjaga Kesihatan

Semua orang inginkan tubuh badan yang sihat.  Menjaga kesihatan menjadi kewajipan kepada setiap orang.

Kita hendaklah menghindari diri daripada jangkitan penyakit.  Kita mestilah mengelakkan diri daripada orang yang dijangkiti penyakit yang boleh merebak.  Misalnya, demam, selsema, batuk dan sebagainya.

Selain itu, kita hendaklah makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.  Kita perlu mengambil makanan yang mencukupi mengikut keperluan tubuh badan.  Kita mestilah makan makanan yang mengandungi karbohidrat, protien, vitamin, serat dan lain-lain.

            Di samping itu, melakukan aktiviti riadah juga penting kita lakukan untuk menjaga kesihatan.  Antaranya, bersiar-siar di tepi pantai, berkelah, berjoging dan bermacam-macam lagi.  Apabila melakukan aktiviti-aktiviti riadah tersebut, kita boleh merehatkan badan dan melapangkan minda.

            Kesimpulannya, kita mestilah menjaga kesihatan supaya memiliki kehidupan yang ceria.  Oleh itu, kita akan kita sihat dan bertenaga sepanjang masa.
 

_______________________________________
1a  _____________________________________________________________________
1b  _____________________________________________________________________
2a  _____________________________________________________________________
2b  _____________________________________________________________________
2c  _____________________________________________________________________
3a  _____________________________________________________________________
3b  _____________________________________________________________________
3c  _____________________________________________________________________
4a  _____________________________________________________________________
4b  _____________________________________________________________________
4c  _____________________________________________________________________
5a  _____________________________________________________________________
5b  _____________________________________________________________________

31 Januari 2013

NILAI-NILAI MURNI

NILAI DAN SUB-NILAI

1 Baik hati - Belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, saling faham-memahami, dan saling bermaafan.

2 Berdikari - Berupaya bertindak sendiri dan yakin pada diri sendiri.

3 Hemah tinggi - Kesopanan, mengakui kesalahan diri dan ramah mesra.

4 Hormat - Hormat dan taat kepada ibu bapa atau penjaga, hormat kepada ahli keluarga, orang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin.

5 Kasih-sayang - Sayangkan diri dan orang lain, sayangkan alam sekeliling, dan cintakan negara.

6 Keadilan - Adil dan saksama.

7 Kebebasan - Kebebasan di sisi undang-undang.

8 Keberanian - Berani mencuba dan berani kerana benar.

9 Kebersihan fizikal dan mental - Kebersihan diri, persekitaran, dan mental

10 Kejujuran - Amanah, bercakap benar, dan ikhlas.

11 Kerajinan - Berdaya usaha dan berdedikasi.

12 Kerjasama - Gotong-royong, toleransi, dan perpaduan.

13 Kesederhanaan - Pertuturan dan perlakuan yang sederhana, dan sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri kepentingan orang lain.

14 Kesyukuran - Berterima kasih dan menghargai kebijaksanaan, pengalaman, dan jasa.

15 Rasional - Membuat pertimbangan.

16 Semangat bermasyarakat - Permuafakatan, kejiranan, dan peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.

17. Patriotisme - Semangat cinta akan negara

SELOKA PAK PANDIR




Pandai, pandai, wahai Pak Pandir,

Anak dipijak, dagang dijinjing;

Kucing dibunuh, tikus dibela,

Harta habis, badan tergadai.



Mendengar geladak dagang,

Tak sedar bertelanjang;

Mendengar guruh di langit,

Air tempayan dicurahkan.



Mulut kena suap pisang,

Buntut kena cangkuk onak;

Gunting lipatan makan di hujung,

Pak Pandir juga yang menanggung.



Apa didengar geladak dagang,

Gelagak rambutan jantan;

Orang berbunga, dia berbunga,

Orang berbuah, tapi dia haram.



Kilat memancar, hujan tak jadi,

Awak juga yang menanggung;

Silap-silap menabur budi,

Kita rugi orang yang untung.

Jadual Nilai Murni




Penanda Wacana Kata Bantu Aspek Nilai Kata Sendi Nama/Kata Hubung Bukti daripada teks / Huraian