21 Mei 2015

Hasil Hutan yang Bernilai


Hutan merupakan rahsia alam yang penuh dengan hasil hutan yang bernilai.  Hasil hutan tersebut sangat berfaedah dalam kehidupan manusia.

            Hasil hutan yang pertama ialah madu lebah.  Madu lebah dihasilkan oleh sekumpulan lebah yang menghasilkan madunya di dalam sarang di atas pokok.  Madu dijadikan makanan, minuman dan ubat-ubatan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti asma, batuk dan barah.

            Selain itu, hasil hutan yang kedua ialah rotan.  Rotan diproses daripada pokok rotan yang meliar tumbuhnya di dalam hutan.  Rotan dijadikan perabot, barang-barang perhiasan dan barang-barang karftangan yang digunakan dalam kehidupan manusia seperti raga, bakul sampah dan bekas telur sebagai hadiah semasa majlis perkahwinan.

            Seterusnya,  hasil hutan yang ketiga ialah buluh.  Buluh yang tumbuh dengan meliar di dalam hutan dijadikan sumber pendapatan kepada sesetengah penduduk.  Batang buluh boleh dijadikan pelbagai jenis kraftangan manakala rebungnya pula boleh dijadikan makanan.

            Di samping itu, hasil hutan yang keempat ialah damar.  Damar ialah bahan berupa getah keras yang diperoleh daripada jenis pokok.  Damar digunakan sebagai bahan penting dalam pembuatan batik dan sebagainya.


Kesimpulannya, hutan merupakan alam penuh misteri yang menyimpan pelbagai khazanah yang bernilai dan berguna dalam kehidupan manusia.  Oleh itu, kita haruslah memelihara hutan daripada terus diteroka secara meluas demi kesejahteraan manusia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan