25 Februari 2021

PdPR 8 Bahasa Melayu Tahun 6

STANDARD PEMBELAJARAN : 3.3.3

OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat membina dan menulis jawapan secara kritis dan kreatif dengan betul.

Langkah-langkah pembelajaran kamu pada hari ini:

Masa : 1 jam 30 minit

30 minit pertama:
1.  Buka buku teks Bahasa Melayu pada muka surat 29.
2.  Baca petikan tersebut secara analitikal dan fahami isi-isi penting yang terdapat dalam petikan itu.

30 minit kedua:
1. Mula-mula, jawab soalan-soalan pemahaman dalam 'form' ini dan hantar tugasan online.
2. Kemudian, jawab latihan soalan-soalan pemahaman pada muka surat 29 dengan lengkap dan betul 
ke dalam buku tulis Bahasa Melayu (Pemahaman).

30 minit terakhir:
1. Semak semua tugasan yang telah kamu siapkan dari segi idea dan bahasa. 
2. Seterusnya, hantar gambar jawapan kamu itu ke whatsapp saya.
3. Hantar buku tulis pada 1 Mac 2021 semasa sekolah dibuka untuk disemak.

Untuk menjawab tugasan kamu, sila klik >>


ATAU




Selamat menjawab.

#nakberjayakenaberusaha

24 Februari 2021

PdPR 4 Sejarah Tahun 6

Tajuk : Negeri-negeri yang Membentuk Malaysia dan Terima Kasih Pemimpin

STANDARD PEMBELAJARAN:

Kandungan Asas - 10.1.2, 10.1.3

Kandungan Tambahan - K10.1.6


OBJEKTIF:

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

1. Murid boleh menyatakan negeri-negeri yang terlibat dalam pembentukan Malaysia.

2. Murid dapat menjelaskan tokok-tokoh yang terlibat dalam pembentukan Malaysia.

3. Murid boleh memberi pendapat dengan menyatakan iktibar daripada kejayaan pembentukan Malaysia.


Langkah-langkah pembelajaran kamu pada hari ini:

1. Tonton dua video dan fahamkan pembelajarannya.

2.  Boleh buat rujukan dalam buka buka teks Sejarah Tahun 6 pada muka surat 8,9,10 dan 11.

3. Jawab soalan-soalan berikutnya.

4. Salin semula nama negeri-negeri yang membentuk Malaysia menggunakan peta buih dalam buku tulis Sejarah kamu (buku garis satu).

5. Kemudian tulis nama sembilah tokoh pemimpin yang terlibat dalam menjayakan pembentukan Malaysia serta sumbangannya.

6. Hantar buku tulis Sejarah pada 1 Mac 2021.-


Untuk menjawab tugasan, sila klik >>

https://classroom.google.com/u/7/w/MjM0ODEzMDk5MDcz/tc/MjcyMzAyNTI1MTEy

ATAU

https://forms.gle/22PpLeeoMSp3JKpXA


Selamat menjawab.

#nakberjayakenaberusaha



PdPR 7 Bahasa Melayu Tahun 6

 STANDARD PEMBELAJARAN : 2.4.3

OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat untuk membuat keputusan dengan memberikan alasan.


Langkah-langkah pembelajaran kamu pada hari ini:

Masa : 1 jam 30 minit

30 minit pertama:
1.  Buka buku teks Bahasa Melayu pada muka surat 28.
2.  Baca petikan tersebut secara analitikal dan fahami isi-isi penting yang terdapat dalam petikan itu.

30 minit kedua:
1. Mula-mula, jawab soalan-soalan pemahaman yang diberikan.
2. Selepas itu, salin semula jawapan bagi empat soalan membuat keputusan dengan memberi alasan
ke dalam buku tulis Bahasa Melayu (Pemahaman).

30 minit terakhir:
1. Semak semua tugasan yang telah kamu siapkan dari segi idea dan bahasa. 
2. Seterusnya, hantar rakaman video bagi empat jawapan kamu itu ke whatsapp saya.
3. Hantar buku tulis pada 1 Mac 2021 semasa sekolah dibuka untuk disemak.

Sila klik link di bawah untuk membuat tugasan kamu >>


ATAU


Soalan-soalan latihan buku tulis Bahasa Melayu (Pemahaman).

1. Pertandingan bagi permainan apakah yang harus Amar pilih?

2. Mengapakah pertandingan bagi permainan itu yang Amar pilih?

3. Kepada siapakah Amar mesti meluahkan masalah ini?

4. Mengapakah Amar memilih orang itu untuk meluahkan perasaannya?

Selamat menjawab.

#nakberjayakenaberusaha


23 Februari 2021

PdPR 6 Bahasa Melayu Tahun 6

STANDARD PEMBELAJARAN : 1.4.2

OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata gelaran yang sesuai secara bertatasusila.

Langkah-langkah pembelajaran kamu pada hari ini:

Masa : 1 jam 30 minit

30 minit pertama:

1. Tonton video ini >> https://www.youtube.com/watch?v=ErQSibb5Wn8

2.  Buka buku teks Bahasa Melayu pada muka surat 27 dan lihat pada papan tulis dalam gambar tersebut.

3.  Fahami peta pokok bertajuk Faktor Kemenangan Pasukan Sekolah Kebangsaan Taman Kencana dalam Pertandingan.

4. Jawab soalan-soalan berikut.


30 minit kedua:

1. Mula-mula, salin peta pokok yang yang terdapat dalam gambar ke dalam buku tulis Bahasa Melayu (Pemahaman) - buku garis satu.

2. Selepas itu, senaraikan tujuh nama ahli mesyuarat dan jawatannya yang terdapat dalam gambar itu.

3. Akhir sekali, salin petikan dialog di muka surat itu dengan melengkapkan kata gelaran dan binaan ayat sendiri.


30 minit terakhir:

1. Semak semua tugasan yang telah kamu siapkan dari segi idea dan bahasa. 

2. Seterusnya, lafaz dialog itu dan hantar rakaman video kamu ke whatsapp saya.

3. Hantar buku tulis pada 1 Mac 2021 semasa sekolah dibuka untuk disemak.


Sila klik link di bawah untuk membuat tugasan kamu >>

https://classroom.google.com/u/7/w/MjM0ODEzMDk5MDcz/tc/Mjc5OTM1MjQzOTM1

ATAU

https://forms.gle/iuThSiS1tUkrDyM28 


SELAMAT BELAJAR.

#nakberjayakenaberusaha

19 Februari 2021

PdPR 3 Sejarah Tahun 6 pada 19 Februari 2021 (Jumaat)

 STANDARD PEMBELAJARAN

Kandungan Asas - 10.2.1, 10.2.2

Kandungan Tambahan - K10.2.6


Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

1. Murid boleh menyatakan negeri dan ibu negerinya di Malaysia.

2. Murid dapat menerangkan lima asal usul nama-negeri di Malaysia.

3. Murid boleh memberi pendapat dengan menyatakan kepentingan menghormati identiti negeri.


Langkah-langkah pembelajaran kamu pada hari ini:

1. Tonton video dan fahamkan pembelajarannya.

2.  Boleh buat rujukan dalam buka buka teks Sejarah Tahun 6 pada muka surat 19 hingga 23.

3. Jawab soalan-soalan berikutnya .

4. Akhir sekali, salin semula asal usul negeri dalam buku tulis Sejarah kamu (buku garis satu).


Untuk membuat PdPR kamu hari ini, sila klik >>

https://classroom.google.com/u/7/w/MjM0ODEzMDk5MDcz/tc/Mjc5MTE5NTM1NjI1

ATAU

https://forms.gle/uoUThW4Ak3URsZD19


Selamat belajar.

#nakberjayakenaberusaha



15 Februari 2021

PdPR 5 Bahasa Melayu Tahun 6

 STANDARD PEMBELAJARAN : 4.2.2

OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat mengujarkan cerita menggunakan bahasa yang indah dan ayat yang gramatis untuk menyampaiakn idea dengan bahasa badan yang kreatif.

Langkah-langkah pembelajaran kamu pada hari ini:

1.  Sila tonton video yang disediakan.

2.  Buka buku teks Bahasa Melayu pada muka surat 26 dan baca secara mekanis (senyap).

3.  Padankan pernyataan dengan tiga gambar yang terdapat dalam cerita tersebut.

4.  Salin semula petikan pada muka surat 26 itu ke dalam buku penulisan (panjang).  Sila tambah isi cerita tersebut berdasarkan pernyataan dan buat kesudahan cerita dengan idea kamu sendiri (KBAT).  

5.  Semak jawapan yang telah kamu buat sebelum menghantar kepada saya iaitu ejaan, huruf besar, imbuhan dan tanda baca yang betul.

6.  Sampaikan semula cerita yang telah siap itu di hadapan keluarga kamu dengan gerak tubuh yang menarik.

7.  Seterusnya hantar gambar karangan yang kamu dah siap buat ke whatsapp saya.

8. Hantar buku penulisan itu ke sekolah selewat-lewatnya hari Rabu ini (17 Februari 2021) untuk disemak.


Sila klik link di bawah untuk membuat tugasan kamu >> 

https://classroom.google.com/u/7/w/MjM0ODEzMDk5MDcz/tc/MjY1MTQ1NjQxMTc5

ATAU

https://forms.gle/xPGu2xwnmnAp536j8


SELAMAT BELAJAR.

#nakberjayakenaberusaha



08 Februari 2021

PdPR 4 Bahasa Melayu Tahun 6

 


 Sila klik link di bawah untuk menjawab tugasan hari ini >>

https://classroom.google.com/c/MjM0ODEzMDk5MDcz/a/MjY5NzA2NjQ4MTI1/details

ATAU

https://forms.gle/qx1GjtUFzQPn1wE57

(GUNA LINK INI SEKIRANYA KAMU TAK BOLEH BUKA LINK GOOGLE CLASSROOM)


Selamat menjawab tugasan.

#nakberjayakenaberusaha




05 Februari 2021

PdPR 2 Sejarah Tahun 6 pada 5 Februari 2021 (Jumaat)

 Tajuk : Pembentukan dan Pengisytiharan Malaysia


1. Tonton dan hayati video berikut >> Langkah-langkah Pembentukan Malaysia

2. Jawab soalan di GC atau GF berikut  >>   

https://classroom.google.com/u/7/w/MjM0ODEzMDk5MDcz/tc/MjU0MTk5NjkxOTk5

ATAU 

https://forms.gle/Q31abFsZosime7em6

3. Mari bermain kuiz dan pastikan anda berjaya menjawab semuanya dengan betul >> Kuiz Tokoh-tokoh Pengisytiharan Malaysia


Selamat Menjawab.

#nakberjayakenaberusaha