23 Februari 2021

PdPR 6 Bahasa Melayu Tahun 6

STANDARD PEMBELAJARAN : 1.4.2

OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata gelaran yang sesuai secara bertatasusila.

Langkah-langkah pembelajaran kamu pada hari ini:

Masa : 1 jam 30 minit

30 minit pertama:

1. Tonton video ini >> https://www.youtube.com/watch?v=ErQSibb5Wn8

2.  Buka buku teks Bahasa Melayu pada muka surat 27 dan lihat pada papan tulis dalam gambar tersebut.

3.  Fahami peta pokok bertajuk Faktor Kemenangan Pasukan Sekolah Kebangsaan Taman Kencana dalam Pertandingan.

4. Jawab soalan-soalan berikut.


30 minit kedua:

1. Mula-mula, salin peta pokok yang yang terdapat dalam gambar ke dalam buku tulis Bahasa Melayu (Pemahaman) - buku garis satu.

2. Selepas itu, senaraikan tujuh nama ahli mesyuarat dan jawatannya yang terdapat dalam gambar itu.

3. Akhir sekali, salin petikan dialog di muka surat itu dengan melengkapkan kata gelaran dan binaan ayat sendiri.


30 minit terakhir:

1. Semak semua tugasan yang telah kamu siapkan dari segi idea dan bahasa. 

2. Seterusnya, lafaz dialog itu dan hantar rakaman video kamu ke whatsapp saya.

3. Hantar buku tulis pada 1 Mac 2021 semasa sekolah dibuka untuk disemak.


Sila klik link di bawah untuk membuat tugasan kamu >>

https://classroom.google.com/u/7/w/MjM0ODEzMDk5MDcz/tc/Mjc5OTM1MjQzOTM1

ATAU

https://forms.gle/iuThSiS1tUkrDyM28 


SELAMAT BELAJAR.

#nakberjayakenaberusaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan