24 Februari 2021

PdPR 7 Bahasa Melayu Tahun 6

 STANDARD PEMBELAJARAN : 2.4.3

OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat untuk membuat keputusan dengan memberikan alasan.


Langkah-langkah pembelajaran kamu pada hari ini:

Masa : 1 jam 30 minit

30 minit pertama:
1.  Buka buku teks Bahasa Melayu pada muka surat 28.
2.  Baca petikan tersebut secara analitikal dan fahami isi-isi penting yang terdapat dalam petikan itu.

30 minit kedua:
1. Mula-mula, jawab soalan-soalan pemahaman yang diberikan.
2. Selepas itu, salin semula jawapan bagi empat soalan membuat keputusan dengan memberi alasan
ke dalam buku tulis Bahasa Melayu (Pemahaman).

30 minit terakhir:
1. Semak semua tugasan yang telah kamu siapkan dari segi idea dan bahasa. 
2. Seterusnya, hantar rakaman video bagi empat jawapan kamu itu ke whatsapp saya.
3. Hantar buku tulis pada 1 Mac 2021 semasa sekolah dibuka untuk disemak.

Sila klik link di bawah untuk membuat tugasan kamu >>


ATAU


Soalan-soalan latihan buku tulis Bahasa Melayu (Pemahaman).

1. Pertandingan bagi permainan apakah yang harus Amar pilih?

2. Mengapakah pertandingan bagi permainan itu yang Amar pilih?

3. Kepada siapakah Amar mesti meluahkan masalah ini?

4. Mengapakah Amar memilih orang itu untuk meluahkan perasaannya?

Selamat menjawab.

#nakberjayakenaberusaha


Tiada ulasan:

Catat Ulasan