27 April 2012

LATIHAN MEMBINA ULASAN (BAHAGIAN C)


                  Berbulan-bulan sebelum menyertai Kejohanan Berbasikal Dunia Azizul gigih berlatih mengayuh basikalnya setiap hari. Semakin dekat tarikh kejohanan, semua stadium telah menjadi sasaran tempatnya untuk berlatih supaya dapat membiasakan diri dengan suasana tersebut.

                  Azizul berangkat kejohanan yang diadakan di Amerika Syarikat itu dengan cita-cita yang tinggi. Dia memastikan dirinya mendapatkan makanan berkhasiat sepanjang masa. Azizul juga memeriksa keadaan basikalnya dengan terliti sebelum perlumbaan.

                  Pada saat kejohanan, Azizul memulakan kayuhannya dengan baik. Semakin lama, dia mengayuh dengan semakin pantas. Pada pusingan terakhir, basikal Azizul bergesel dengan
basikal sorang pelumba lain. Azizul terjatuh lalu terseret jauh ke hadapan. Betis kaki kirinya telah ditusuk oleh sebatang besi jejari yang patah.

                  Azizul sedar bahawa harapan seluruh rakyat Malaysia terpikul di atas bahunya. Dia pun bangun lalu mengayuh sungguhpun kesakitannya amat terasa. Akhirnya, Azizul berjaya menamatkan perlumbaan hingga ke garisana penamat. Semasa diusung ke dalam ambulans, Azizul meminta untuk berdiri kerana menghormati lagu ‘Negaraku’yang dimainkan sempena kemenangannya bergelar juara.


      BORANG GRAFIK





Penanda Wacana     
Kata Bantu             
Nilai Murni       
Kata Sendi Nama          
 Bukti daripada teks
Antaranya,   
kita mestilah 



Selain itu,  
kita hendaklah



Seterusnya,  
kita perlulah



Oleh itu,    
kita haruslah



Akhirnya    
kita wajarlah




26 April 2012

BUAT BAIK DIBALAS BAIK











MEMBINA ULASAN NILAI MURNI






  Penanda Wacana  Kata Bantu               Nilai Murni        Kata Sendi Nama            Bukti daripada teks
Antaranya,    kita mestilah  bertanggungjawab seperti sering keluar mencari
makanan untuk kumpulannya
Selain itu,    kita hendaklah rajin seperti bersungguh-sungguh dalam
 menjalankan tugas yang diberikan
Seterusnya,   kita perlulah cermat supaya tidak  terjatuh ke dalam sungai
Oleh itu,     kita haruslah baik hati dengan segera menjatuhkan sehelai
daun untuk membantu.
Akhirnya     kita wajarlah menghargai jasa dengan mengucapkan terima kasih kepada
orang yang menolong kita.















Oleh itu, kita haruslah baik hati dengan segera menjatuhkan sehelai daun.

25 April 2012

MEMBINA ULASAN (NILAI MURNI)

Baca petikan dan cari lima nilai murni.

   Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya.  Sang Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan.

   Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut telah terjatuh ke dalam sungai.  Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas.

   Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun agar Sang Semut dapat berpaut.  Sang Semut berjaya menyelamatkan dirinya dengan bantuan Sang Merbuk.

   Pada suatu petang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk.  Sang Semut segera menggigit kaki pemburu itu.  Pemburu itu terkejut lalu tembakannya tersasar.  Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri.  Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut.

   Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.

Contoh rangka jawapan:

Penanda Wacana      Kata Bantu              Nilai Murni        Kata Sendi Nama           Bukti daripada teks

Antaranya,               kita mestilah                   ?                   dengan/seperti dll                        ?

Selain itu,                 kita hendaklah

Seterusnya,              kita perlulah

Oleh itu,                  kita haruslah

Akhirnya                 kita wajarlah

SEHARI SELEMBAR BENANG

Assalamualaikum.

   Saya akan memberitahu rakan-rakan tentang "Kebaikan murid-murid datang ke sekolah".

Rakan-rakan,

    Mengapa kita datang ke sekolah? Ya, kita datang ke sekolah untuk belajar di bilik darjah. Apabila kita belajar dengan tekun mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain seperti yang di ajar oleh guru, kita akan menjadi murid yang pintar. Betul tak? Tak mustahil kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diajar oleh guru.

   Kedua, apabila kita selalu datang ke sekolah kita akan menguasai semua mata pelajaran yang diajar oleh guru. Maka kita tidak ketinggalan dalam setiap pelajaran yang diajar pada hari yang kita tidak hadir itu. Misalnya, dalam matematik yang memerlukan formula untuk menyelesaikannya. Maka, tidaklah kita teraba-raba hendak menyelesaikannya jika tidak tahu formulanya.

   Ketiga, apabila kita datang ke sekolah, kita sebenarnya menghargai masa. Maka masa yang kita ponteng itu, tidaklah terbuang begitu sahaja. Selain itu, di sekolah juga kita berpeluang bertemu semua semua rakan sekampung setiap hari.

   Kesimpulannya, rajinlah kita datang ke sekolah setiap hari agar menjadi murid yang cemerlang nanti.

   Sekian, terima kasih.