Berbulan-bulan sebelum
menyertai Kejohanan Berbasikal Dunia Azizul gigih berlatih mengayuh
basikalnya setiap hari. Semakin dekat tarikh kejohanan, semua stadium telah menjadi
sasaran tempatnya untuk berlatih supaya dapat membiasakan diri dengan suasana
tersebut.
Azizul berangkat kejohanan
yang diadakan di Amerika Syarikat itu dengan cita-cita yang tinggi. Dia
memastikan dirinya mendapatkan makanan berkhasiat sepanjang masa. Azizul juga
memeriksa keadaan basikalnya dengan terliti sebelum perlumbaan.
Pada saat kejohanan, Azizul
memulakan kayuhannya dengan baik. Semakin lama, dia mengayuh dengan semakin
pantas. Pada pusingan terakhir, basikal Azizul bergesel dengan
basikal sorang
pelumba lain. Azizul terjatuh lalu terseret jauh ke hadapan. Betis kaki
kirinya telah ditusuk oleh sebatang besi jejari yang patah.
Azizul sedar bahawa harapan
seluruh rakyat Malaysia
terpikul di atas bahunya. Dia pun bangun lalu mengayuh sungguhpun
kesakitannya amat terasa. Akhirnya, Azizul berjaya menamatkan perlumbaan
hingga ke garisana penamat. Semasa diusung ke dalam ambulans, Azizul meminta
untuk berdiri kerana menghormati lagu ‘Negaraku’yang dimainkan sempena
kemenangannya bergelar juara.
|
BORANG GRAFIK
Penanda Wacana
|
Kata
Bantu
|
Nilai
Murni
|
Kata Sendi
Nama
|
Bukti daripada teks
|
Antaranya,
|
kita mestilah
|
|||
Selain itu,
|
kita hendaklah
|
|||
Seterusnya,
|
kita perlulah
|
|||
Oleh itu,
|
kita haruslah
|
|||
Akhirnya
|
kita wajarlah
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan