Baca petikan dan cari lima nilai murni.
Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. Sang Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan.
Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas.
Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkan dirinya dengan bantuan Sang Merbuk.
Pada suatu petang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera menggigit kaki pemburu itu. Pemburu itu terkejut lalu tembakannya tersasar. Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut.
Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.
Contoh rangka jawapan:
Penanda Wacana Kata Bantu Nilai Murni Kata Sendi Nama Bukti daripada teks
Antaranya, kita mestilah ? dengan/seperti dll ?
Selain itu, kita hendaklah
Seterusnya, kita perlulah
Oleh itu, kita haruslah
Akhirnya kita wajarlah
Salam,cikgu.Saya nak bertanya sama ada bolehkah kita menggunakan nilai/pengajaran sama dengan huraian.
BalasPadamTERIMA KASIH,CIKGU
salam.
Boleh tetapi tidak digalakkan. Huraian mesti berkaitan dengan petikan.
Padamsaya pun nak tanya boleh saya dapat lagi 100 contoh
Padamsebab saya tidak faham
sebelum itu nama saya patricia veronica umur saya 11 tahun saya belajar di sk ngee hrng
Maaflah lambat balas.
BalasPadamKalau boleh murid elakkan menjawab nilai/pengajaran yang sama atau yang sudah ada dalam petikan kerana ianya tidak diterima sebagai jawapan. Murid harus menjelmakan nilai baharu bagi setiap huraian ayat.
Terima kasih.
Cikgu macam manakah mahu membina ulasan melalui buku teks
BalasPadamKurang jelas akan pertanyaan anda. Sila jelaskan untuk memudahkan admin menjawab.
Padambolehkah saya bertanya apa perbezaan nilai murni dan pengajaran ?
BalasPadamnilai murni adalah perkara yang berkaitan dengan aspek moral manakala pengajaran menjurus kepada perkara yang baik/buruk tingkah laku seseorang. Namun begitu, kebiasaannya pengajaran dan nilai murni adalah berkaitan.
Padamkak long tolong tunjukkan cara pengira soalan matematik
BalasPadamkak long tolong tujukkan cara pengiraan
BalasPadamsaya nak tanya bagaimana hendak membuat ulasan
BalasPadamjika soalan meminta berikan pengajaran ttp murid menjawab dengan nilai.. adakah jawpn itu diterima?
BalasPadam