25 April 2012

SEHARI SELEMBAR BENANG

Assalamualaikum.

   Saya akan memberitahu rakan-rakan tentang "Kebaikan murid-murid datang ke sekolah".

Rakan-rakan,

    Mengapa kita datang ke sekolah? Ya, kita datang ke sekolah untuk belajar di bilik darjah. Apabila kita belajar dengan tekun mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain seperti yang di ajar oleh guru, kita akan menjadi murid yang pintar. Betul tak? Tak mustahil kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diajar oleh guru.

   Kedua, apabila kita selalu datang ke sekolah kita akan menguasai semua mata pelajaran yang diajar oleh guru. Maka kita tidak ketinggalan dalam setiap pelajaran yang diajar pada hari yang kita tidak hadir itu. Misalnya, dalam matematik yang memerlukan formula untuk menyelesaikannya. Maka, tidaklah kita teraba-raba hendak menyelesaikannya jika tidak tahu formulanya.

   Ketiga, apabila kita datang ke sekolah, kita sebenarnya menghargai masa. Maka masa yang kita ponteng itu, tidaklah terbuang begitu sahaja. Selain itu, di sekolah juga kita berpeluang bertemu semua semua rakan sekampung setiap hari.

   Kesimpulannya, rajinlah kita datang ke sekolah setiap hari agar menjadi murid yang cemerlang nanti.

   Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan