15 Julai 2009

Karangan Jenis Cerita

Soalan 1:

Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan oleh suara riuh-rendah. Apabila kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap berkepul-kepul naik ke angkasa dari rumah jiran kamu. Ceritakan peristiwa yang kamu saksikan itu.

Contoh karangan:

Pada hujung minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendirian di rumah kerana ibu bapa saya pergi ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu, saya membaca sebuah buku cerita.

Ketika saya leka membaca, tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah meminta tolong. Saya segera menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati asap berkepul-kepul keluat dari rumah jiran saya. Suatu kebakaran telah berlaku.

Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran dan ada yang menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa bimbang kalau-kalau api itu merebak ke rumah saya.

Tanpa berlengah-lengah lagi, saya terus menelefon pihak bomba. Sepuluh minit kemudian, anggota bomba pun tiba di situ. Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya kebakaran itu dapat dikawal daripada merebak.

Saya berasa gembira kerana rumah saya terselamat daripada kebakaran tersebut.



Soalan 2:

Tulis satu karangan yang bertajuk ’Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan“

Contoh karangan:

Pada tahun lalu, aku menghabiskan cuti persekolahan di kampung bersama datuk dan nenek.

Pada suatu malam, aku pergi ke rumah Ludin, teman lamaku. Oleh kerana sudah lama tidak berjumpa, kami seronok bercerita. Bila aku sedar malam sudah larut, aku bergegas pulang.

Dalam perjalanan pulang, hatiku tiba-tiba berasa cemas. Walaupun telah lama berjalan, rumah nenek masih juga tidak kelihatan. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di situ. Bulu romaku berdiri tegak. Barulah aku sedar, rupanya aku tersesat jalan.

Tiba-tiba di satu selekoh, aku terpandang satu lembaga menuju ke arahku. Aku berasa amat takut sekali. Aku cuba membuka langkah seribu. Tetapi belum sempat aku melangkah, kakiku terpijak benda tajam, lalu terjatuh.

Kemudian, aku tidak sedarkan diri. Bilaku membuka mata, kulihat aku sudah berada di rumah datuk. Menurut nenek, datuk menemuiku terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku.

Aku menceritakan kepada mereka apa yang terjadi. Datuk dan nenek tersenyum sesama sendiri. Rupa-rupanya lembaga yang aku takutkan itu adalah datukku sendiri.



Soalan 3:

Keputusan UPSR telah diumumkan . Anda mendapat keputusan yang cemerlang. Bagaimanakah perasaan anda ?

Contoh karangan:

Saya bersyukur dan bertuah kerana usaha saya selama ini telah pun berhasil. Saya membuat persiapan rapi untuk peperiksaan ini semenjak awal tahun lagi.

Kejayaan ini juga merupakan kejayaan ibu bapa, guru -guru dan rakan-rakan saya. Ini kerana dorongan dan bimbingan daripada mereka menjadi kunci kejayaan saya. Bak kata pepatah ’Biar putih tulang, jangan putih mata’ dalam berusaha untuk mengecapi sesuatu kejayaan yang diimpikan.

Saya juga berasa bangga kerana mampu membuktikan kepada orang ramai bahawa seorang anak kampung daripada keluarga miskin dapat juga berjaya. Saya sedar kemiskinan bukanlah penghalang untuk seseorang itu mencapai kejayaan. Saya yakin pada suatu hari nanti akan berjaya mengubah kehidupan keluarga saya kepada keadaan yang lebih senang.

Saya berharap kejayaan ini akan menjadi pendorang kepada adik-adik saya. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang lain.

54 ulasan:

  1. tidak cukup panjang

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. pendek sangat..

      Padam
    2. memang laa dah tajuk karangan pendek

      Padam
    3. betullll saya tengah cari perenggan 6

      Padam
    4. biaq pi kat dia la... hang tak puas ati pasaipa....

      Padam
    5. prroooiiiitt oops.. terkentut

      Padam
  2. ada tak karangan jenis cerita (tindakan) ;D..harap awak post tentang karangan itu :D

    BalasPadam
  3. TIDAK CUKUP PANJANG. TIDAK FAHAM.
    HASIL MARKAH :11/30 B1
    15/30 B2
    10/30 B3

    BalasPadam
    Balasan
    1. APALAH SAYA TANYA MULAI KARANGAN DARI AKU MENGAYUH BASIKAL PERAHAN LAHAN.AKU BERASA GEMBIRA MELIHAT PEMANDANGAN PERSEKITARAN YANG INDAH DAN MEMPERSONAKKAN DIA JAWAB APA BENDA TAK TAHU PUN

      Padam
    2. nama je cikgujep

      Padam
  4. bodoh betul lah internet tak guna

    BalasPadam
    Balasan
    1. sakai insaf lah cikgu tu penat berfikir dan membuat webside ni dai penat juga magajar murid di so insaf laj sakai

      Padam
  5. kenapa karangan ni pendek sangat??? kan ke kena ade 6 perenggan??

    BalasPadam
  6. not creative at all

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau hang hebat sangat hang tulis laa sendiri.... toksah nk sibuk check profile org

      Padam
  7. karangan yg x best...just ok la...x pndai adjust lngsung... :P

    BalasPadam
  8. ni cikgu ker saper????...rasanya x der cikgu cam ni...crdik trsngat2....ish3//..karangan x dramatis lngsung ayt...memalukan maruah jer...!!!!!

    BalasPadam
  9. tidak best............ karangannya terlalu pendek.............

    BalasPadam
  10. karangan pendek sgt org 6 perenggan sengal btul1!!!

    BalasPadam
  11. bodoh btul cikgu ni 6 perenggan la sengal!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. but I think u r more stupid than me lo

      Padam
    2. hang lagi la bodo...yang hang nak ikut cikgu ni apasai...dia yang sengal cakap org plak....apekedehal

      Padam
    3. apahal la pendek sangat

      Padam
  12. Banyak yg perlu diperbaiki lagi... all the best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kata-kata begini lah yang kita mahukan.Tidak mengkritik kesilapan orang lain tetapi memberikan nasihat.....Teruskan jadi orang yang baik ya......!

      Padam
    2. boleh tak buat karangan spm

      Padam
  13. Kenape pendek sangat? Kata cikgu :3

    BalasPadam
  14. Ok janji siap nama saya muzamir

    BalasPadam
  15. Ok janji siap

    BalasPadam
  16. pendek sangat stupid lah this teacher

    BalasPadam
    Balasan
    1. hang lagi stupiq mcm pig hutan gemok.

      Padam
  17. sangat senang

    BalasPadam
  18. karangan telalu pendek lah ,bdk darjah 4 pon tahu buat karangan macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu okey lah tu....drpd karangan hang budak baru lahir pon tau nk wat.

      Padam
  19. karangan telalu pendek lah ,bdk darjah 4 pon tahu buat karangan macam ni

    BalasPadam
  20. its already stated there karangan pendek and why the hell are u guys telling that its too short

    BalasPadam
  21. pungkuk nampak sangat pendek eeeeeeeeeeeee stupid

    BalasPadam
  22. karangan tak ok sangat la seperti contoh 1 nampak macam pentingkan diri sebab beliau berasa gembira kerana rumah nya tidak terbakar mungkin admin boleh padam sikit buat sekali lagi buat pula tentang keadaan mangsa kebakaran tu selmat ke tidah

    BalasPadam
  23. karangan tak ok sangat la seperti contoh 1 nampak macam pentingkan diri sebab beliau berasa gembira kerana rumah nya tidak terbakar mungkin admin boleh padam sikit buat sekali lagi buat pula tentang keadaan mangsa kebakaran tu selmat ke tidah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau korang nak sangat karangan sepanjang-panjang,buatlah karangan sendiri.Korang ingat korang buat komen ni macam pandai sangat.Tapikan kalau korang buat karangan,aku rasa gred rendah je kot

      Padam
    2. q skng kt kt brdr n

      Padam
  24. apa lah karangan pendek sangat !!! karangan kan kena ada 6 perenggan ....

    BalasPadam
  25. bodohkah cigu ni.org 6 perenggan ini 5 perenggan.pendek betul mcam org gila punya perenggan.

    BalasPadam